Followers

Monday 30 July 2012

Abby Hilang Kontrak Kerana Sibuk Berpolitik !!


Lagi-lagi cerita bab Abby ni , kalau nak dikira dari segi popular memang Abby dah pukul habis dah barisan artis-artis lain tapi popularnya berbeza sikitlah.

Terbaru Abby di tamatkan kontrak sebagai duta tudung Al-Humaira Contemporary kerana di katakan menjejaskan perniagaan yang dijalankan apabila terlalu berpolitik.

“Saya terkilan. Saya berniaga. Penglibatan kakak dalam politik sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perniagaan saya,” memetik dari laman sosial Twitter milik Abby yang didakwa sebagai kenyataan pemilik Al-Humaira Contemporary, Hani Elia.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hani itu telah memberitahu kontrak Abby sebagai duta tudung syarikat itu telah terbatal secara rasmi pada 4 Julai lalu.

Pada masa yang sama, Abby memberi kenyataan balas yang dia menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.

Malah, Abby turut memohon maaf kerana terlibat dalam Pakatan Rakyat.


Tindakan yang diambil oleh pengurusan Al-Humaira Contemperory itu bukanlah disebabkan oleh penglibatan Abby dalam mana-mana parti politik, sebaliknya imej/personaliti serta kredibiliti yang ditunjukkan oleh Abby kepada umum semenjak kebelakangan ini menjadi faktor utama yang memungkinkan kejadian itu.

Pasti ramai yang jelas , apabila menjadi duta seseorang itu haruslah menampilkan personaliti yang menarik serta positif kepada umum serta tidak dilihat memihak kepada mana-mana pihak.

Apa pun itu pilihan Abby sendiri dan mungkin beliau sudah pun menduga bakal menerima kesan yang sebegini.

Psstt Apalah sangat jadi duta tu kalau tiap-tiap kali berceramah ada masyukkk..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels