Followers

Thursday 19 July 2012

PAS Istihar Perang !!!


Pas semakin hari dilihat semakin meroyan malah tindak tanduk mereka seakan-akan sudah hilang integriti sebagai sebuah parti yang kononnya meletakkan Islam sebagai keutamaan.

Mampukah Pas ni nak jatuhkan kerajaan Barisan Nasional ? Hebat sangatkah kekuatan Pas ni sampaikan bila bercakap semacam merekalah yang mengetuai Pakatan Hakprak ?

Budak-budak pun tergelak dengan juak-juak ni..

Jika diamati rakaman ucapan Nik Abduh dalam salah satu perhimpunan Hijau yang Pas anjurkan ianya amat jelas sekali menyimpang daripada apa yang sepatutnya orang Islam lakukan.


Tuhan arahkan Pas untuk merampas Putrajaya ? Penyokong-penyokong Pas wajib merampas Putrajaya daripada tangan musuh-musuh Allah SWT ? 

Apakah beliau sedar apa yang di perkatakan ?

MMI sedih melihat ketaksuban juak-juak Pas dalam berpolitik.Sedih kerana mereka bersikap untuk terus bermusuh dengan mereka-mereka yang mengadap kiblat yang sama.

Malah sebagai sebuah parti yang meletakkan kononnya Islam sebagai keutamaan seharusnya mereka lebih bersifat sederhana dan mendampingi orang-orang yang mereka labelkan sebagai musuh untuk sama-sama mencari jalan damai.

Jelas prinsip dan pegangan perjuangan Pas sudah semakin longgar dan berserabut kerana perjuangan mendapatkan kuasa melebihi daripada perjuangan Islam mereka.

Jika benar Putrajaya milik Pakatan Haprak , MMI tak sabar nak tengok muka-muka kelat juak-juak Pas ni apabila rejim DApigs dan PKR hanya menjadikan Pas sebagai pelengkap dan pencacai kepada sebuah kerajaan "Malaysian Malaysia".

Kepada Nik Abduh dan juak-juak bangang Pas ni kalau setakat bertanding 70 kerusi tu jangan sembang besar sangatlah , belum tentu Pas boleh menang kesemua kerusi tersebut.Bukan apa takut nanti alih-alih jadi BARUA kepada Guan Eng dan Lim Kit Siang ja..

Bagi MMI ucapan Nik Abduh itu bererti Pas sudah mengistiharkan PERANG terhadap BN dan UMNO.

Kalau benar nak sangat maka PERANGLAH akan BN dan UMNO berikan !!

Sama-sama kita tunggu gelanggang dibuka..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels