Followers

Sunday 26 August 2012

Bekas Perajurit Perlukan Perhatian !!


Petang tadi MMI bersama beberapa rakan pemuda dari Pokok Sena Tasek Gelugor telah melakukan ziarah terhadap mereka-mereka yang mengalami sakit kronik.Aktiviti ini merupakan program bantuan pemuda UMNO Cawangan Pokok Sena terhadap ahli-ahli di peringkat cawangan yang di kenal pasti memerlukan bantuan dan keprihatinan.

Pujiaan MMI berikan kepada pemuda UMNO Pokok Sena yang menganjurkan program tersebut kerana ianya mampu sekurang-kurangnya menceriakan mereka-mereka yang sakit dan uzur apatah lagi dalam suasana hari raya yang masih berbaki ini.

Dalam semua sesi ziarah tersebut MMI tersentuh dengan seorang penerima bantuan bilamana beliau  yang merupakan bekas perajurit negara hari ini terlantar mengalami sakit kencing manis,buah pinggang yang memerlukan dialisis dan darah tinggi serta mengalami kesukaran untuk bergerak.

Sewaktu berkunjung ke rumah beliau jelas terpancar di wajahnya sedikit keceriaan apabila melihat dirinya dihargai oleh anak-anak muda malah menambahkan keceriaan kerana rakan baiknya turut bersama-sama dalam program ziarah tersebut.

MMI bersama rakan-rakan lain turut di hidangkan dengan minuman dan kuih raya oleh isteri dan keluarganya yang jelas terharu dengan kehadiran kami.

Mohd Noor Bin Abdullah yang hari ini menderita 3 jenis penyakit merupakan orang UMNO yang selama ini sentiasa bergerak dan sedia membantu program-program UMNO di peringkat cawangan.

Malah beliau turut melahirkan perasaan beliau dengan berterima kasih kepada kami kerana sudi dan masih mengingati beliau walaupun hari ini beliau terpaksa menghabiskan banyak masa di rumah dan  menjalani rawatan.


Mohd Noor Bin Abdullah yang kini menetap di Pokok Sena merupakan bekas perajurit yang telah berkhidmat semenjak tahun 1973 sehinggalah bersara pada tahun 1993 dan pernah bertugas di unit altelari sebelum di tukarkan ke bahagian masakan.

Selepas bersara beliau melakukan kerja sambilan sebagai pengawal keselamatan sebelum beralih sebagai tukang kebun selama hampir 9 tahun sebelum berhenti kerana penyakit yang dialaminya.

Sehingga kini hampir 5 tahun Mohd Noor menderita kerana penyakitnya dan selama itulah katanya Persatuan Bekas Perajurit tidak langsung mengambil tahu akan masalah yang menimpa dirinya.

Mohd Noor melahirkan rasa terkilannya kerana sebagai seorang bekas perajurit beliau mengharapkan agar ada pihak-pihak seperti persatuan atau badan-badan lain yang sudi menjenguk bekas-bekas perajurit sepertinya.

Beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak-pihak lain contohnya UMNO dan Barisan Nasional kerana sering mengambil berat dan prihatin akan nasib orang-orang sepertinya apatah lagi dengan program-program sebegini yang dianjurkan oleh pemuda UMNO dengan sentiasa menziarahi serta memberikan bantuan dan sumbangan.

Cuma jauh di sudut hatinya sebagai bekas perajurit yang pernah berbakti kepada negara apalah salahnya persatuan bekas-bekas tentera mahupun agensi-agensi yang melibatkan pihak ketenteraan dapat turun dan mengadakan lawatan sekurang-kurangnya sebagai bekas perajurit akan ada rasa di hargai.

MMI cukup tersentuh apabila perbualan kami turut disertai oleh ahli keluarga yang melahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku terhadap Mohd Noor.

Sebagai anak muda , MMI rasa inilah masa terbaik pihak-pihak tertentu khususnya persatuan-persatuan bekas tentera mahupun yang sewaktu denganya untuk mengambil peluang ini dan mengunjungi beliau sebagai tanda penghargaan di atas jasa Mohd Noor terhadap negara.

Kepada yang pegang jawatan dalam mana-mana organisasi tu jenguk-jenguklah mereka yang hari ini memerlukan simpati kita.

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels