Followers

Sunday 26 August 2012

Selamat Ulang Tahun Pemuda UMNO Malaysia Yang Ke 63 Tahun !!


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor hari ini mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Pemuda UMNO Malaysia Yang Ke 63 Tahun tengahari tadi bertempat di Bilik Gerakan Induk Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor Sungai Dua.


Majlis yang di mulakan dengan bacaan tahlil dan dipimpin oleh Sdr Hasbul Hazani Daud selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu merupakan antara agenda utama majlis hari ini khususnya bagi memperingati jasa-jasa pemimpin dan mereka yang telah banyak berjuang dalam UMNO satu ketika dulu yang hari ini sudah pergi meninggalkan kita. 

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dato' Jasmin Mohamed , Naib Ketua UMNO Bahagian Sdr Zulkifli Yahya , Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Dr. Rozi , Ketua-Ketua Pemuda Cawangan , Ketua-Ketua Wanita Cawangan dan Ketua-Ketua Cawangan.

Percaya bahawa tanpa keringat dan perjuangan mereka-mereka yang terdahulu sudah pasti tiada generasi seperti hari ini.

Hasbul Hazani Daud mewakili seluruh ahli jawatankuasanya turut berkata dalam ucapannya bahawa sambutan ulang tahun pemuda UMNO yang ke 63 tahun ini di buat secara sederhana bertujuan memberikan lebih kesedaran khususnya kepada jentera pemuda supaya sentiasa bermuhasabah diri dalam usaha mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional dalam pasca era baru ini.


"Kita tahu dalam suasana politik hari ini seluruh jentera UMNO khususnya barisan pemuda yang kini bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan haruslah menjadikan sifat kesederhanaan dalam setiap perkara sebagai keutamaan kerana ianya merupakan antara elemen terpenting bagi memastikan tumpuan pemuda tidak mudah di ganggu gugat"

"Percaya atau tidak elemen ini sebenarnya menjadikan pemuda lebih kuat dan berdaya tahan.Kita mahu jadikan susah payah jerit perih mereka-mereka yang terdahulu sebelum kita itu berbaloi dan sudah tentunya kita barisan pemuda hari ini yang sudah pun berikrar serta menerima amanah dan tanggungjawab dapat memikulnya malah mampu melaksanakannya demi untuk melihat warisan yang kami pegang hari ini dapat pula diwariskan kepada generasi selepas kita"

"Kepada seluruh barisan pemuda UMNO samada di Bahagian Tasek Gelugor mahupun di seluruh Malaysia jadikanlah ulang tahun ini sebagai ulang tahun keramat kerana gelanggang bakal di buka pada bila-bila masa sahaja dan kita sebagai pasukan pemuda mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional kembali sebagai sebuah kerajaan yang kuat demi untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara".

Hasbul Hazani Daud kemudianya bersama-sama ahli jawatankuasanya memotong pulut kuning sebagai simbolik kepada sambutan ulang tahun pemuda yang ke 63 tahun.









Jelas terpancar di wajah semua ahli jawatankuasa pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor bahawa mereka amat-amat memahami akan amanah serta tanggungjawab yang dipikul malah memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus cemerlang adalah agenda utama dalam pilihan raya nanti.

"Selamat Ulang Tahun Pemuda UMNO Malaysia Yang Ke 63 Tahun"

Ikhlas
MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels