Followers

Sunday 30 September 2012

WAJIB BACA - Tunku Aziz Akhirnya Mengaku Silap Bersama DAP


Siapa yang tidak kenal dengan Tunku Abdul Aziz antara ahli DAP berbangsa Melayu yang berpengaruh.Hari ini Tunku sudah pun meninggalkan perjuangan yang dipilihnya sendiri satu ketika dulu.

Beliau yang dilahirkan pada tahun 1934 di Alor Setar ini mempunyai pengalaman hidup yang penuh dengan integriti dan karisma. Pernah menjadi penasihat di Bank Negara, Pengarah di Sekretariat Komanwel di London, ahli lembaga di Institut Etika Awam Antarabangsa serta Penal Penasihat Program Pembangunan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah beliau pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Anan dalam membantu menubuh Pejabat Etika (Office Ethics) di sana.

Namun beliau mengakui akhirnya adalah satu kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai politik apatah lagi DAP.

“Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik.

“Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar,".

Itulah antara ungkapan yang terpacul daripada mulut Tunku sendiri apabila di temubual oleh wartawan Utusan Malaysia.

MINGGUAN: Bagaimana Tunku boleh terlibat dengan politik terutama dalam DAP sedangkan latar belakang Tunku sangat menarik?

TUNKU AZIZ: Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik. Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Pada pendapat saya, sebagai rakyat di negara ini, kita tidak boleh hidup sebagai satu kaum sahaja. Kita harus hidup dalam berbilang kaum dan belajar menerima setiap kaum yang berbeza dengan seadanya. Integrasi nasional adalah sangat penting. Kita tidak akan sesekali dapat hidup di bawah satu bumbung tanpa bertolak ansur dengan setiap kaum di negara ini. Ketika itu, saya merasakan DAP lebih sesuai dengan jiwa saya. Apatah lagi mereka telah berjanji untuk memberikan saya platform untuk memerangi rasuah.

Itulah kerjaya saya seumur hidup iaitu memerangi rasuah. Tawaran tersebut membuatkan saya menyertai mereka. Tetapi biasalah, mereka cakap lain tapi lain yang mereka buat. Apabila hampir dua bulan saya masuk, saya sudah sedar ini bukan tempat saya iaitu politik mahupun DAP. Saya mengambil keputusan untuk keluar parti pada tahun 2009 selepas dua bulan bersama mereka. Tetapi tindakan ini tidak disenangi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau telah memujuk saya supaya jangan keluar. Demi seorang sahabat, Kit Siang pada saya merupakan seorang pejuang yang telah berjuang bermati-matian selama berpuluh tahun. Saya kenal Kit Siang sudah berpuluh tahun juga. Saya tidak kembali kepada DAP kerana saya telah dijanjikan sebarang habuan oleh mereka. Saya masuk kembali kerana pujukan seorang kawan lama yang saya hormati.Baca Seterusnya .

Tindakan Tunku mendedahkan kepincangan dan matlamat perjuangan dinasti Lim dalam parti DAP sudah cukup untuk membuktikan bahawa DAP merupakan parti yang penuh dengan sifat dendam dan rasis.

Lihat saja bagaimana mereka mempergunakan Tunku dan Karpal dalam usaha untuk meraih sokongan orang-orang Melayu dan India semata-mata untuk memastikan kemenangan seterusnya mencapai cita-cita mereka menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Guan Eng ternyata panas punggung dengan pendedahan terbaru daripada Tunku berkenaan perihal masalah dalaman parti DAP dan semestinya akan mempergunakan juak-juak pencacai PAS bagi melepaskan segala geramnya dengan tersenyum apabila juak-juak PAS bertakbir apabila mendengar segala pembohongannya di pentas-pentas ceramah PAS.

Kalau orang seperti Tunku pun sedar akan kesilapan beliau apa mungkin PAS juga akan turut tersedar ?

Ops lupa pula MMI , PAS dah lama koma sebab telinga dan mata mereka hanya memikirkan kuasa selain kerusi empuk di Putrajaya.

Kesian..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels