Followers

Tuesday 2 October 2012

Berita Terkini Anwar Pengsan Tak Sedar Diri ??

Gambar Hiasan
Pasti ramai yang sudah pun sedia maklum berkenaan bajet 2013 yang sudah pun di bentangkan pada hari jumaat yang lalu.Seperti biasa setiap kali pembentangan bajet negara dilakukan sudah pasti puak pembangkang juga akan turut membentangkan bajet mereka malah didulukan supaya rakyat dapat membuat perbandingan dan termakan dengan gula-gula berperisa masam mereka.

Namun apa yang diimpikan oleh juak-juak pembangkang ternyata meleset sama sekali apabila bajet dari kerajaan BN dibentangkan dengan penuh bergaya oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

Dalam keadaan begitupun Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang tetap menyatakan bajet 2013 oleh kerajaan BN sebagai bajet pilihanraya dan tak lebih dari itu.MMI kadang-kadang terfikir juga bangang sangat ka ketua pembangkang ni ? bajet yang pembangkang bentang awal tu bukan bajet pilihanraya ka ? 

Namun dalam semua perkara diatas MMI tertarik dengan laporan terbaru oleh sebuah firma penganalisis yang berpangkalan di Singapura apabila dengan jelas menyatakan ekonomi Malaysia  berpotensi untuk berkembang mengatasi sasaran kerajaan pada 4.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun depan, kata firma penganalisis Spire Research and Consulting Pte Ltd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Leon Perera berkata persekitaran ekonomi global yang bertambah baik, peningkatan keyakinan pengguna di Malaysia serta kawalan fiskal berhemat kerajaan adalah antara faktor penyumbang utama yang menyokong sasaran tersebut.

"Saya yakin Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun depan lebih tinggi atau malahan melepasi sasaran 5.5 peratus.

"Krisis di zon Eropah dan isu kewangan Amerika Syarikat dijangka mencatatkan proses pemulihan perlahan, yang akan membolehkan ekonomi-ekonomi lain menjadi lebih kukuh," katanya kepada Bernama hari ini.

Paling menarik apabila Perera turut menyebut usaha kerajaan menambah baik ekonomi menerusi pelbagai inisiatif seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) akan disokong menerusi langkah-langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2013.

"Belanjawan 2013 merupakan pakej fiskal menyeluruh bagi menangani kebimbangan semua isu ekonomi di Malaysia, mengambil kira tempoh tidak menentu sekarang," katanya.

Jelas sekali kenyataan Anwar hanyalah satu kenyataan dari mereka yang tersepit dan telah pun gagal dalam perjuangan membela nasib rakyat apatah lagi negara.

Anwar patut malu dengan diri sendiri apabila laporan oleh firma penganalisis Spire Research and Consulting Pte Ltd berlainan sama sekali nadanya.Malahan firma tersebut turut menyentuh tentang belanjawan negara dengan melabelkan bajet 2013 oleh kerajaan BN sebagai pakej fiskal menyeluruh yang dapat menangani isu ekonomi negara.

Laporan ini cukup untuk membuktikan bahawa segala usaha Anwar memburukkan kerajaan BN selama ini waima dalam soal bajet sekalipun hanyalah kerana kuasa dan politik murahan terdesak Pakatan Haprak demi memenuhi nafsu Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Apa lagi yang Anwar nak lakukan ? Mungkin pengsan dan tak sedar diri bila dapat tahu firma tersebut berpengkalan di Singapura yang langsung tidak menyebelahi beliau.

Inilah contoh pengkianat sebenarnya , Anwar sudah tidak relevan dan kepada pihak kerajaan BN teruskan segala usaha anda kerana rakyat semakin yakin hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memakmurkan negara dan seluruh rakyatnya.

Psstt Guan Eng selalu turun Singapura katanya , dia buat apa sana ? mungkin cari jalan nak jatuhkan anwar apa nooo !!! pengsan pula Anwar kalau dapat tahu hehehe.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels