Followers

Tuesday 30 October 2012

BREAKING NEWS Anwar Mahu Kembali Pada UMNO ??!!


"Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno" itulah antara kenyataan yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim semasa di Permatang , Tanjung Karang Selangor baru-baru ini.

Mendengar ungkapan tersebut cukup mengujakan , apakah ini petandanya Anwar bakal kembali pada perjuangan UMNO ? Barangkali inilah yang di tunggu-tunggu kebanyakkan masyarakat kita yang mahu melihat Melayu itu bersatu atas satu perjuangan.

Namun sejauh mana ungkapan tersebut mampu diterjemahkan oleh Anwar dalam konteks kejujuran seorang pemimpin ?

Siapa yang tidak ingat pembohongan Anwar Ibrahim kononnya terbentuknya kerajaan baru pada 16 September. Begitu juga pembohongan beliau tentang Kampung Buah Pala yang menyebabkan kaum India tersentak dan marah kepada beliau dan Guan Eng DAPigs.

Kenyataan Anwar Ibrahim menjadi semakin tidak dipercayai dek sejarah-sejarah silam dan putar belit beliau untuk terus tampak relevan dalam politik negara.

Senangnya Anwar berkata 'tidak mencerca Najib, Rosmah dan Umno' kerana dipentas yang sama, Anwar mengulangi gaya putar belit beliau dengan menyentuh Najib Razak! 

"Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab,” ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.

Inilah sikap seorang bekas banduan yang pernah dipenjarakan kerana menyalahgunakan kuasa!Baca Seterusnya di blog Dr MiM.

Anwar Ibrahim dan konco-konconya sering kali malah saban hari menuduh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional terlibat dengan gejala rasuah.Malah rasuah cuba dikaitkan dengan UMNO dan kerajaan seolah-olah juak-juak Pakatan Haprak langsung tidak pernah terlibat dengan rasuah.

Inilah sikap angkuh dan bongkak Pakatan Haprak seolah-oleh mereka lupa dengan isu pembelian bas mewah Khalid Ibrahim yang menjadi pertikaian kerana didaftarkan dibawah nama Menteri Besar Selangor.Dari mana datangnya dana tersebut ? Apakah ianya duit Khalid sendiri ? duit rakyat Selangor ? atau imbuhan dari syarikat-syarikat tertentu yang diberikan projek oleh kerajaan negeri Selangor ? 

Kenapa agaknya sehingga kini persoalan tersebut tidak dijawab ? inilah yang MMI katakan sikap "Double Standard" yang dilakukan oleh juak-juak Pakatan Haprak apabila berbicara soal rasuah.Malah banyak lagi isu-isu lain sekiranya mahu di catat disini.

Namun apa yang mahu MMI bicarakan disini adalah walaupun UMNO dan kerajaan dituduh sebagai raja rasuah tetapi dalam masa yang sama UMNO dan parti-parti komponennyalah melalui kerajaan Malaysia sentiasa berusaha dan komited dalam membasmi gejala rasuah yang sering di perkatakan.

Berikut MMI perincikan langkah-langkah dan komitmen kerajaan dalam menangani gejala rasuah di negara Malaysia. 

PENDEKATAN KERAJAAN DALAM MENCEGAH DAN MENGAWAL RASUAH

Dengan tujuan untuk mencegah dan mengawal, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pegawai awam.

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009

Usaha penting yang signifikan adalah dengan penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang telah diluluskan oleh Parlimen dan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2009. Matlamat utama akta ini adalah untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan satu badan pencegahan rasuah yang bebas, Akta ini juga turut bertanggungjawab mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran awam, swasta dan komuniti. Melalui pengenalan akta, keanggotaan SPRM seramai 5,000 orang akan ditambah dalam tempoh 5 tahun bagi mempercepatkan proses penyiasatan dam memberikan perkhidmatan pencegahan rasuah yang lebih baik kepada masyarakat.

Insititut Integriti Malaysia (IIM)

Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) juga selari dengan hasrat kerajaan mengurangkan rasuah disamping ianya adalah untuk meningkatkan tahap integriti sebagai suatu cara hidup rakyat Malaysia melalui prinsip-prinsip etika yang sesuai. IIM juga menjadi jentera penggerak dan pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada tahun 2004 yang antara lain mensasarkan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui dwi objektif pengukuhan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang terbaik disamping peningkatan integriti pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan awam.

Garis Panduan Bagi Mempertingkat Tadbir Urus Dalam Perkhidmatan Awam

Kerajaan juga telah menyediakan satu Garis Panduan Bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus dalam Perkhidmatan Awam dengan 4 prinsip utama yang dinyatakan dalam garis panduan tersebut iaitu integriti, akauntabiliti, pengamanahan dan pengawasan serta ketelusan. Dari aspek integriti, ianya berdasarkan kepada kejujuran dan objektiviti, tahap tatasusila yang tinggi dan penuh tanggungjawab dalam pengawasan dana dan sumber awam serta pengurusan hal ehwal jabatan/agensi. Amalan integriti ini adalah bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan Perintah Am Perkhidmatan Awam dan juga kepada etika peribadi dan profesional Pegawai Awam. Integriti turut dipaparkan dalam prosedur bagaimana jabatan/agensi membuat keputusan.

Dari sudut akauntabiliti pula menekankan kewajipan untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada sesiapa yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan. Ianya adalah satu proses di mana jabatan/agensi adalah bertanggungjawab ke atas semua keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil. Pegawai pengurusan berkenaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan luar yang wajar. Semua pihak perlu mempunyai kefahaman yang jelas mengenai tanggungjawab ini. Ketua jabatan/agensi hendaklah memastikan tanggungjawab ini diamanahkan kepada semua pegawai dengan memperjelaskan peranan masing-masing supaya ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan. 

Pengamanahan dan Pengawasan (stewardship) merupakan pelaksanaan kuasa pegawai awam yang telah diamanahkan oleh pihak Kerajaan. Pegawai Kerajaan adalah pemegang amanah dan pengawas ke atas penggunaan kuasa dan sumber yang dipertanggungjawabkan. Tanggungjawab ini merangkumi keupayaan untuk memastikan kecekapan pengurusan kewangan secara berterusan dan pengurusan sumber secara ekonomik dan berkesan melalui dasar-dasar yang bersesuaian. Adalah penting untuk sektor awam sentiasa mengekal dan meningkatkan kemampuannya bagi memenuhi kehendak kerajaan dan kepentingan awam.

Ketelusan merujuk kepada keperluan untuk memberi keyakinan kepada orang awam terhadap proses pengambilan keputusan dan tindakan pegawai awam yang telah diamanahkan dengan kuasa dan tanggungjawab. Hubungan yang erat dan perkongsian maklumat yang lengkap, tepat dan jelas dengan stakeholders akan memastikan tindakan yang diambil itu adalah berkesan dan menepati waktu di samping membolehkan pegawai awam menangani sebarang penilaian awam.

Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP)

Dalam tahun 2008 yang lalu juga, Kerajaan telah mengarahkan agar digerakkan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) yang bertujuan untuk mengukuhkan integriti sektor awam di peringkat persekutuan, negeri dan daerah bagi mencegah rasuah, amalan salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan pegawai awam.

Laporan Ketua Audit Negara

Laporan Ketua Audit Negara disediakan pada setiap tahun adalah untuk mengesahkan sama ada penyata kewangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam telah disediakan secara teratur mengikut piawaian perakaunan yang diterima pakai. Selain itu, pengauditan prestasi kewangan ini dapat menilai sejauh mana pelbagai program dan projek Kerajaan telah dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal program dan projek ini telah tercapai. Penilaian sejauh mana wang awam telah dibelanjakan dengan berhemat tanpa pemborosan dan pembaziran juga akan dapat dikenalpasti. Agensi Kerajaan digesa supaya mengambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap program dan projek yang dibangkitkan dalam laporan-laporan audit prestasi yang disediakan, selaras dengan prinsip-prinsip akauntabiliti dan integriti dalam perkhidmatan awam.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kedua – Memerangi Rasuah

Y.A.B Perdana Menteri semasa mengumumkan 6 teras NKRA telah meletakkan usaha memerangi rasuah sebagai salah satu daripada teras tersebut. Ini menunjukan kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004. Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Dari segi penguatkuasaan, langkah kerajaan menaiktaraf Badan Pencegah Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif turut diletakan sebagai strategi untuk mencapai NKRA ini.Baca Seterusnya 

MMI tak nafikan gejala rasuah masih berlaku namun sebagai rakyat dan individu yang mempunyai akal dan fikiran kita seharusnya meletakkan rasional sebagai keutamaan dalam membuat sebarang tuduhan dan rumusan.

Dengan segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan adakah ianya masih menjadi kesalahan kepada kerajaan sekiranya gejala rasuah tersebut masih berlaku ? paling penting jangan lupa bahawa gejala rasuah berlaku kerana sikap individu dan bukannya badan mahupun kerajaan.

Oleh yang demikian sekiranya sesiapa saja yang mempunyai bukti bahawa berlakunya gejala rasuah berlaku maka kemukakan laporan dan bukti supaya siasatan dapat dilakukan dan tindakan dapat diambil.

Ianya adalah langkah yang lebih tepat daripada kita melalak di pentas-pentas ceramah kerana melalak sahaja tidak dapat membendung gejala rasuah.

Barangkali inilah yang membezakan diantara kerajaan dan pembangkang kini.

Psst agak-agak sapa yang audit duit kutipan setiap kali ceramah Pakatan Haprak diadakan ??????

MMI.


1 comment:

  1. Salam Perjuangan dari Sarawak,
    Pautan blog saudara ke blog saya UnReportedNews™® telah di bina, semoga kita boleh bertukar-tukar pendapat serta posting mengenai isu-isu semasa & yang penting sekali bersama-sama memperjuangkan apa yang kita percayai, yakin & dukungi demi masa depan bangsa, agama & generasi selepas kita. Maaf jika respon agak lambat.

    ReplyDelete

Labels