Followers

Wednesday 21 November 2012

Ahli PAS AKUI WUJUD KEPINCANGAN Dalam Pakatan Haprak


Tindakan ahli Pas yang terus menyatakan sokongan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat sebagai Perdana Menteri memberi gambaran mereka semakin tidak mempercayai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pilihan utama pembangkang memegang jawatan itu sebelum ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu turut dibuktikan melalui ‘kesediaan’ Abdul Hadi dipilih ke jawatan itu sementara Anwar pula sekadar memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang halangan terhadap ‘hasrat’ Abdul Hadi itu.

Walau bagaimanapun, kata beliau, keikhlasan Anwar itu serta kesediaan DAP menerima Abdul Hadi menjadi persoalan besar memandangkan PKR dan DAP sebelum ini sebulat suara mahukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan menjadi Perdana Menteri.

“Kalau Anwar betul-betul menyokong, satu kontrak sosial antara ketiga-tiga parti itu perlu dimeterai dan DAP juga perlu bersetuju hukum hudud dilaksanakan sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 seperti dimahukan Pas,".

Beliau mengulas hasrat perwakilan Pas sepanjang muktamar tahunan parti itu sejak beberapa hari lalu yang mahukan Abdul Hadi dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Ibrahim memberitahu, tindakan Pas mengangkat Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri juga dilihat strategi politik parti itu menarik semula sokongan ahli yang semakin ragu dengan perjuangan parti tersebut.

“Pas berhadapan pelbagai isu kebelakangan ini dan langkah terbaik untuk mereka menyuntik kepercayaan dalam kalangan ahli serta pengundi Melayu adalah dengan memberi harapan bahawa Abdul Hadi bakal memimpin negara," katanya.

Ibrahim berkata, Abdul Hadi sendiri sedar beliau tidak akan dilantik sebagai Perdana Menteri kerana Pas tidak mampu memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Berdasarkan pilihan raya umum 2008 lalu, katanya, Pas hanya memenangi 23 daripada 66 kerusi yang ditandingi dan beliau percaya jumlah tersebut bakal berkurangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kalau tidak boleh dapat majoriti kerusi Parlimen bagaimana Pas mahu angkat Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri?

“Abdul Hadi sedar perkara ini, tetapi seperti saya katakan, ini strategi mereka dalam mengekalkan sokongan terhadap Pas," katanya.

Kadang-kadang MMI pun hairan entah apa yang diperjuangkan PAS sampaikan hala tuju sendiri pun berterabur.Sedar atau tidak bahawa rakyat semakin hari semakin jelek dengan cara dan tindakan pimpinan PAS yang diibaratkan sebagai biskut "chipsmore" sekejap ada sekejap tak ada !

Bermula daripada perjuangan sehinggalah kepada dasar parti semuanya tunggang langgang malah juak-juak PAS sebenarnya sudah pun membuka pekung mereka sendiri bila mana dalam muktamar baru-baru ini mereka dengan begitu bersemangat mahukan Haji Hadi menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menjadi kerajaan.

Sebenarnya ada mesej tersirat daripada desakan sedemikian , ianya membuktikan bahawa selama ini juak-juak bawahan PAS khususnya di peringkat cawangan-cawangan mahupun negeri sendiri tidak mendapat maklumat berkenaan dasar PAS dalam Pakatan Haprak.

Tahukah mereka bahawa perkara sedemikian perlu melalui satu perbincangan diantara pimpinan parti dalam Pakatan Haprak yang sudah tentu bakal menolak Haji Hadi sebagai Perdana Menteri kelak.

Tahukah juak-juak PAS dasar bersama ini harus dipersetujui oleh semua parti dan ini menyebabkan PAS hanya akan menang sorak kerana PAS tidak mempunyai kekuatan kerusi mahupun kuasa yang boleh menandingi kelicikan pimpinan dari parti lain khususnya DAPigs.

Rakyat harus sedar bahawa ini hanyalah satu lagi omongan kosong dalam muktamar yang jelas memperlihatkan betapa maklumat dan dasar parti khususnya dalam Pakatan Haprak tidak difahami dengan jelas oleh juak-juak PAS di peringkat bawahan.

Mengapa ianya berlaku kerana PAS sebenarnya sudah lari daripada landasan perjuangannya yang sebenar dan selama ini sering mengelirukan bukan saja rakyat malahan ahlinya sendiri.

Desakan perwakilan PAS yang mahukan supaya Haji Hadi di tabalkan sebagai Perdana Menteri merupakan akuan ikhlas daripada juak-juak PAS bahawa Pakatan Haprak sebenarnya pincang.Pincang bukan saja dalam soal dasar malah prinsip parti-parti didalamnya juga turut dilacur demi mengaburi mata rakyat kononnya Pakatan Haprak adalah pilihan terbaik bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional.

Dalam soal ini parti yang paling teruk menggadaikan maruah serta prinsip sendiri adalah PAS yang kini terkial-kial dalam menentukan survival politiknya sehinggakan bacaan doa pun sudah di politikkan.

Psstt ingat anjing saja yang menyalak !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels