Followers

Friday 23 November 2012

Apa Lagi Din ???


"Standard Procedure" itu sajalah yang MMI boleh katakan apabila membaca kenyataan daripada Nasrudin Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini berkenaan isu doa dalam stadium tempoh hari.Barangkali Nasrudin kini mahu membodek para pimpinan PAS Pusat maklumlah dalam muktamar baru-baru ni beliau teruk di siku oleh para perwakilan PAS sendiri. 

Jadi untuk "cover" balik mestilah nak kena pertahankan apa yang berlaku walaupun banyak pihak di luar sana yang sudah pun memberikan kenyataan tidak mempertahankan apa yang berlaku tempoh hari.

Nasrudin dalam kenyataannya berkata Sayap pemuda PAS mempertahankan kandungan doa memohon kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai cetusan rakyat yang ditindas termasuk mereka yang dipindahkan tempat kerja.

"Ia adalah satu doa yang hadir dari hati sanubari masyarakat yang tertindas sejak sekian lama. Hak mereka dinafi, sebahagian ditukar tempat kerja jauh ke pedalaman, terdapat yang dipenjara di bawah akta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” kata Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan dalam laman Facebook.

Beliau menyalahkan Umno untuk segala gejala dalam negara termasuk kadar jenayah dan rasuah selain menuduh pemerintah mencetuskan isu perkauman.

"...malah ada pemimpin yang dibunuh mati seperti peristiwa Memali dan Lubuk Merbau. Hasil negeri mereka turut dinafikan apabila royalti dihalang. Semuanya Umno dan BN bertanggungjawab," katanya.

"Doa tersebut dari sudut jauh hati kecil rakyat marhain dan diaminkan oleh puluhan ribu umat prihatin. Terdahulu doa ini telah makbul apabila Umno telah hancur dan musnah dan kini digantikan dengan Umno Baru," katanya.

PAS mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno dihancurkan dalam perhimpunan anjuran parti berkenaan yang diimamkan adik Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Razi, Jumaat lalu.

Perhimpunan berkenaan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, antara lain turut diiringi doa yang meminta Umno-BN dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati.

Nasrudin menolak pandangan bahawa orang Islam tidak harus mendoakan kehancuran sesama mereka.

"Semoga Umno dan BN hancur dan binasa lagi, sementara kami menggamit dan melambai kepada semua ahli-ahli Umno dan BN supaya meninggalkan kapal yang hampir karam itu untuk menyelamatkan diri dengan menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, "Usah bimbang pada doa itu. Doa tersebut supaya kapal Umno karam, sementara kami telah menyediakan platform dan dermaga yang utuh untuk menyelamatkan ahli-ahli Umno," tambah Nasruddin. 

Din ! Din !

sumber AntaraPos.Com

MMI.

3 comments:

  1. masalahnya DIN tawi tawi... dah beribu doa beratus sembahyang hajat tapi UMNO BN tak hancur jugak... yang hancur menunggu luluh adalah PAS sendiri sebab doa tu semua balik kat tuan punya tubuh badan... tak usah la nak bodek lebih2... baru skrg bersuara lepas kena belasah cukup2 masa debat Vs UFB hari tu yang menampakkan kedangkalan ilmu, wibawa dan kepetahan yg tidak setanding dgn UFB... LU PEHAL BRADER.... takut tak dpt jadi calon ker?????

    ReplyDelete
  2. mampukah kapal PAS menyelamatkan pengikut UMNO kalau kapalnya karam, sedangkan kapal PAS SENDIRI BOCOR HAMPIR TENGGELAM nasib baik ada kapal DAP dan PKR BOLEH JUGA BERPAUT MENGELAKANYA TENGGELAM TERUS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam manalah suasana kehidupan atas kapal DAPigs dan PKR tu noo..

      Delete

Labels