Followers

Wednesday 28 November 2012

Operasi Khas Sempena PAU2012 !!


Barangkali tak ramai yang mengetahui berkenaan operasi khas yang sedang berjalan tatkala seluruh perwakilan sedang mengikuti persidangan pada kali ini.Operasi khas rahsia ini sebenarnya di sasarkan kepada seluruh perwakilan UMNO yang mengikuti persidangan kali ini.

Oleh kerana itu para perwakilan UMNO dan barangkali juga para pemerhati yang membanjiri ibu kota bagi mengikuti persidangan kali ini perlu lah berhati-hati khususnya bagi mereka yang berhidung belang kerana gambar anda akan didedahkan sekiranya terlibat dalam mana-mana aktiviti tidak sihat.

MMI memuji usaha blogger 1peluru.com dan beberapa blogger pro BN yang melancarkan Ops PAU-PAU dan operasi ini tidak cuma di tempat-tempat hiburan dan maksiat tapi juga akan diadakan di The Mall dan coffeehouse sekitar PWTC untuk merakam aksi perwakilan yang 'melarikan diri' ketika dewan sedang bersidang. 

Bermatlamatkan individu seperti itu tidak patut dihantar sebagai WAKIL kepada UMNO dari segenap pelosok negara, mungkin waktunya untuk memilih mereka yang lebih berkaliber & bertanggungjawab selepas ini.Baca Seterusnya 

Jadi kepada seluruh perwakilan berikan tumpuan kepada perjuangan parti kerana hanya mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan sahaja mampu berjuang.

Kekuatan parti bukan saja lahir dari jumlah ahli tetapi juga lahir dari pejuang yang benar-benar berjuang atas landasan dan niat untuk membela nasib Bangsa,Agama dan Negara.

Kepada semua yang mungkin masih berdegil cubalah kerana lensa Ops Pau-Pau akan sentiasa terarah kepada anda !! Selamat Bersidang ..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels