Followers

Wednesday 28 November 2012

Coretan Hari Pertama PAU2012


Secara rasminya semalam bermulalah Persidangan sayap Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO 2012 yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Gema di seluruh Dewan Merdeka PWTC bukan saja dapat di rasai oleh para perwakilan namun ianya meresap masuk ke seluruh jiwa ahli UMNO di seluruh negara.Rata-rata yang mengikuti ucapan perasmian tersebut menyifatkan ianya merupakan langkah mula sebelum pilihan raya ke13 yang membuktikan UMNO komited dan tegas dalam soal membangunkan negara selain dari berjuang mengangkat martabat Bangsa dan Agama.

Sikap ketegasan dalam kelembutan yang di tunjukkan oleh YAB Timbalan Presiden dalam ucapan beliau sudah cukup untuk membuktikan betapa UMNO tidak rela dan sanggup membiarkan mereka-mereka di luar sana menjadi anasir menghancurkan negara yang selama ini dibina dengan kudrat dan kesungguhan rakyat dan kerajaan Barisan Nasional.

Klik Sini untuk teks penuh ucapan YAB Tan Sri MUHYIDDIN YASSIN di Perasmian Mesyuarat Wanita , Pemuda & Puteri UMNO 2012 yang berlangsung semalam.

Sebelum itu sesuatu yang agak menarik berlaku semalam , pada ketika para perwakilan sedang mengikuti amanat Presiden sekumpulan juak pembangkang yang terdiri daripada gang royalti melangkah masuk ke PWTC kononnya bagi menyampaikan memorandum.


Kehadiran kumpulan tersebut jelas sekali tidak disenangi oleh banyak pihak khususnya ahli UMNO yang berada di PWTC pada ketika tersebut dan ianya hampir menimbulkan kekecohan.Namun kumpulan tersebut akhirnya berjaya dibawa keluar setelah saudara Armand bertemu dan berbincang secara baik.


Sikap yang ditunjukkan oleh gang royalti tersebut jelas sekali biadap dan angkuh kerana dengan sengaja memilih untuk hadir ke PWTC pada ketika Persidangan UMNO sedang dijalankan.Ianya membuktikan betapa juak-juak pembangkang langsung tidak mempunyai rasa hormat khususnya kepada ahli-ahli UMNO sedangkan UMNO tidak pernah menganggu sebarang urusan persidangan parti-parti lain.

MMI amat setuju dengan tindakan pantas yang di lakukan oleh saudara Armand mengeluarkan mereka dari PWTC dengan segera kerana sekiranya dibiarkan pastinya kejadian yang tidak diingini boleh berlaku.Klik Sini untuk gambar seterusnya.

Begitulah coretan hari pertama Persidangan Agung UMNO 2012 yang baru saja bermula.Jelas sekali ianya bukan saja mampu menarik ahli-ahli UMNO bahkan mereka-mereka yang lain juga termasuklah ahli-ahli parti pembangkang yang mungkin mahu turut berkongsi rasa satu perhimpunan raksasa melibatkan keseluruhannya orang-orang Melayu.

Namun ada sesuatu yang lebih menarik berlaku semalam dan cukup berbeza dengan sebuah parti yang baru saja selesai mengadakan perhimpunan mereka baru-baru ini.UMNO tidak mendoakan kemusnahan serta kehancuran terhadap musuh politik mereka.

Pada majlis Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka semalam , doa yang dibacakan oleh Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO , Ustaz Afandi Mohd langsung tidak mendoakan kemusnahan Pas.

Sebaliknya mendoakan agar dibukakan pintu hati mereka untuk kembali ke jalan Allah dan kembali kepada kebenaran serta menggerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam.Klik Sini 

Begitu juga diakhir ucapan perasmian apabila YAB Timbalan Presiden mengajak seluruh jentera Wanita , Pemuda dan Puteri agar sama-sama bersatu dan berjuang dengan penuh keikhlasan serta keyakinan dalam membela Agama , Bangsa dan Negara.

Pemuda adalah hulubalang UMNO, Wanita adalah srikandi UMNO, Puteri adalah permata UMNO. Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkanlah saf perjuangan kita. Berjuanglah dengan penuh ikhlas dan yakin membela agama, bangsa dan negara. Bangkitlah menjulang panji perjuangan. Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan! Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa:

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah! 

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu

Ya Allah Ya Tuhan Kami!

Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah

Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah

Ya Allah

Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami

Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami

fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah


Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels