Followers

Saturday 22 December 2012

Apa Yang Tak Kena Dengan BN Pulau Pinang ??


Dalam sehari dua ni MMI agak terkejut sedikit apabila melihat blog-blog pro BN khususnya di Pulau Pinang yang tiba-tiba agak berlainan dari sebelumnya.Apa yang MMI perhatikan seolah-olah ada isyarat tertentu yang cuba disampaikan oleh barisan pejuang maya ni yang dah lama berjuang mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkin bagi sesetengah dari mereka diluar ianya hanyalah perkara biasa dalam dunia maya , namun tindakan seperti ini yang melibatkan otai-otai pejuang maya khususnya di Pulau Pinang bukan tindakan biasa.Ianya mempunyai mesej yang seharusnya cepat-cepat diterjemahkan oleh pucuk pimpinan.

MMI tahu bahawa barisan pejuang ini merupakan mereka yang benar-benar ikhlas dalam mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional malah kerja buat mereka selama ini tidak perlu dipertikaikan kerana mereka sememangnya menjalankan kewajipan khususnya dalam berdepan Rejim DAPigs dan Pakatan Haprak.

Namun melihat kepada senario dalam sehari dua ini ianya menimbulkan persoalan dalam diri MMI , "Apa yang tak kena dengan BN di Pulau Pinang sebenarnya" ?

Berikut MMI bawakan kepada anda entri dari blog yang di maksudkan ,

Gua terfikir satu perkara., betul ke Najib pilih orang untuk jadi kepala di Penang ni beb..? Dah la parti tu tak ada satu kerusi pun di Penang.., tapi ego dorang memang tinggi melangit..
Macam ni nak lawan dengan Guan Eng ke? Alamatnya kirim salam la beb.. Patut la apek Melaka tu konfiden sangat untuk kekalkan Penang pada PRU akan datang.., rupanya Ah Beng tau lawan dia tu bukannya cerdik sangat punnn...
Cuba korang fikir.., selama ni puak-puak Pas dok jaja bahawa Guan Eng memang Islamik dan sanggup bagi bantuan untuk hal ehwal Islam di Penang.. Padahal, apek tu bagi tak banyak manapun kalau nak dibandingkan dengan masa BN perintah dulu..
Tapi yang mangkuk hayunnya kepala BN yang baru dilantik ni.., dia persoalkan peruntukan terhadap umat Islam oleh DAP negeri dan desak supaya Dewan Perbandaran Cina diberi peruntukan lebih.. Cerdik ke tu beb?Baca Seterusnya.

Persepsi umum mengenai Pulau Pinang sejauh melibatkan Gerakan dan Tan Sri Koh Tsu Koon ialah parti dan pemimpinnya bukan sahaja sudah tidak relevan kepada pulau itu, malah sudah menjadi sejarah masa silam yang tak perlu dikenang-kenangkan lagi.
Dalam masa hanya empat tahun Pakatan Rakyat ambil alih negeri ini, segala sumbangan BN kepada rakyat seperti sudah dilupakan.Gerakan yang menjadi Teraju utama patut berterima kasih pada kepimpinan DS Najib Razak kerana berjaya membawa banyak perubahan yang Drastik.
Teng Chang Yeow adalah nama yang disebut sebelum ini mengantikan Tan Sri Koh Tsu Koon seorang yang mempunyai perwatakkan berbeza tegas didalam semua hal.Namun itu hanyalah sandiwara politik Gerakan..Sikap acuh tak acuh dan bermegah dengan apa yang dimiliki masih menebal didalam dirinya...
Nak harapkan undi bangsanya di negerinya sendiri untuk BN di PRU 13 ini ?  .. jangan mimpi la nak dapat 30 % undi popular pun . Orang Cina kini  lebih percayakan Tokong DAP ...dia sudah tanam dalam fikiran mereka hanya DAP boleh jaga bangsa Cina & BN adalah parti rasis ..Baca Seterusnya

Apa pun yang berlaku , pada pandangan MMI pucuk pimpinan harus bijak menangani isu ini kerana ianya melibatkan mereka yang selama ini sentiasa berjuang tanpa jemu mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional khususnya di Pulau Pinang.

Jangan sesekali menafikan suara para bloggers kerana mereka mampu mencetuskan sesuatu yang tidak diduga khususnya oleh mereka-mereka di luar sana.

Pesanan MMI mudah , sebagai pemimpin kita harus bijak menangani serta mendengar suara mereka yang dibawah kerana tanpa mereka siapalah PEMIMPIN !

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels