Followers

Sunday 23 December 2012

BACUL Pemimpin DAPigs Main Ugut-Ugut !! HAHAHAHA...


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman mendakwa menerima ugutan daripada Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan isu habuan tanah bernilai RM30 juta di Kelantan.

Hamidah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri mendedahkan perkara itu ketika menggulung usul Bajet 2013 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Dalam satu sidang akhbar selepas itu, Hamidah memberitahu, kejadian tersebut berlaku semalam ketika beliau berada dalam dewan makan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak iaitu tempat berlangsungnya sidang DUN.

"Ketika saya di dewan makan, Kor Ming datang ke meja saya sambil menunjukkan jari-jarinya dan berkata: you reveal, watch out. I will go after you (kamu dedahkan, jaga-jaga. Saya akan cari kamu).


Sehubungan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman ( gambar ) turut membuat laporan polis terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.
    
Dalam laporan itu, Adun Sungai Rapat itu mendakwa pada kira-kira pukul 3.30 petang, Khamis lepas, ketika berada di dewan makan, Dewan Undangan Negeri Perak, beliau didatangi oleh pemimpin DAP itu yang berkata kepadanya "You revealed, watch out, I will go after you".
    
Hamidah mendakwa kejadian itu disaksikan oleh Adun Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim.
    
Beliau berkata laporan polis itu dibuat demi keselamatan diri dan keluarganya daripada kejadian yang tidak diingini.
    
Laporan itu dibuat di Balai Polis Kampung Rapat, dekat sini pada kira-kira 9.30 pagi.

MMI kata , apa barang sampai main ugut-ugut tak ada teloq ka mamat tu ? Kalau bab tuduhan terhadap orang-orang UMNO dan BN bukan main lagi menari haa kali ni kena batang hidung sendiri menjawab laaa..

Bagus juga laporan polis tu dibuat bagi puak-puak ni reti sikit..Lagi satu cuba ampa tengok kes tuduhan skandal seks terhadap Datuk R.Ganesan Speaker DUN Negeri Perak , beliau "rilek" ja nak tau sebab apa ?
Sebab dia berani dan tau bukan dia yang buat semua tu..

Kalau dah sampai main ugut ni selalunya ada ceritalah betoi dak ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels