Followers

Saturday 22 December 2012

Mansor Kena TIKAM Di Nibong Tebal ??


Nampaknya nama Mansor Othman benar-benar menjadi igauan kepada masyarakat di Nibong Tebal.Mansor yang terkenal dengan aksi suaranya ( rakaman yang telah didedahkan sebelum ini ) semakin tidak senang duduk kerana diberitakan masyarakat di Nibong Tebal sendiri tidak dapat menerima beliau sebagai wakil mereka dalam PRU13 nanti khususnya warga India.

Mansor yang kini merupakan liabiliti kepada Pakatan Haprak di Pulau Pinang semakin terhimpit kerana perbuatannya sendiri malah berita perletakan beliau untuk bertanding kerusi parlimen di Nibong Tebal dilihat sebagai usaha membunuh karier politiknya.

Apa pun laporan terkini dari sahabat blog anak seberang menyatakan risalah menolak Mansor Othman sudah bertebaran di serata tempat termasuklah di kedai-kedai kopi dan di estet sekitar Parlimen Nibong Tebal.


Paling menarik dikatakan orang PKR sendiri sebenarnya menjadi dalang kepada usaha penolakan Mansor Othman di Nibong Tebal.sejauh mana kebenarannya anak seberang mungkin ada jawapannya...

Kesian Mansor, bukan kata India, melayu dan cina pun semua pakat tolak dia. Macamana la Anwar boleh letak Mansor awal-awal dah umum bakal calon PKR dalam PRU13 di Parlimen Nibong Tebal dan secara tak langsung mencerahkan harapan UMNO untuk menawan kembali kerusi panas tersebut.

Dikatakan juga, AMK Nibong Tebal juga membuat protes dalam senyap kerana chegubard tak terpilih sebagai calon hingga dikhbarkan baru-baru ini, ada ura-ura nak buat sidang akhbar untuk mendesak Anwar Ibrahim agar memilih juga chegubard dan menyingkirkan Mansor. Namun dibatalkan atas campurtangan pihak atasan.Baca Seterusnya.

Mansor kena tikam belakang dengan orang sendiri pula tu ! ampa mau ingatlah..

MMI.

1 comment:

  1. Ini lah akibatnya jika nak main politik bukan atas keupayaan sendiri. Mansur terlalu bergantong kepada Anuar Ibrahim. Oleh kerana terlalu setia pada Anuar maka Mansor pun dapat lah menjawat jawatan Timbalan KM.

    ReplyDelete

Labels