Followers

Monday 4 February 2013

Jom Semua Rakyat Malaysia Kita Sama2 DOAKAN Semoga Adik Affeirul Cepat Sembuh !! SEBARKAN..


BERTAHANLAH ADIK! - Mata papa dah bengkak dan hitam tunggu Adik muncul ke dunia... Papa tunggu Mama ngan Adik di bilik bedah sampai 5 pagi...Itu pun dapat tengok Adik sekejap saja...Sedih hati Papa!

Dari hari pertama Papa dapat tau Mama mengandungkan Adik, tiap-tiap hari Papa paksa Mama makan habbatus sauda dan zaitun...Nak bagi Adik kuat dan sihat...Lagipun kan Adik berpuasa sama dengan Mama...Kena tambahkan sikit tenaga..Anak-anak Papa mestilah kena kuat!

Adik taknak jumpa Abang Ezral ngan Kakak Eisha? Abang ngan Kakak tunggu nak tengok dan main dengan Adik...Hari-hari Abang ngan Kakak tanya bila Adik nak keluar jumpa mereka...Nak ajak Adik bergusti!

Rumah berselerak, kain baju menimbun tak berlipat, kotor dan berdebu...Kan Mama ada di hospital dengan Adik...Doktor cakap paru-paru Adik tak kuat sebab Adik keluar awal sangat tak cukup bulan...Adik perlu dibantu bernafas dengan oksigen sebab paru-paru Adik belum cukup kuat untuk berfungsi dengan sendiri! 

Papa dah kemas cikit-cikit rumah tapi tak terkejar masa berulang alik dari hospital sambil uruskan Abang dan Kakak...Papa letih tapi kerana Mama, Adik dan anak-anak Papa, Papa gagahkan diri dan jadi kuat untuk kita sekeluarga!

Adik kena kuat tau! Jangan putus asa! Bertahanlah demi Papa, Mama, Abang dan Kakak! Kami sentiasa berdoa kepada Allah agar sentiasa melindungi Adik!Bertahanlah sayang...

-kepada sahabat-sahabat fb, mohon doakan anak saya yang baru lahir ini agar dapat terus bertahan...setiap 'Like' dan 'Share' anda memberi semangat kepada saya dan semoga doa kalian diperkenankan Allah swt... Amin

Sebagai manusia yang mempunyai keluarga MMI mahu mengajak ampa semua supaya kita berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya diberikan kekuatan serta kesihatan yang baik kepada adik Affeirul.

Kita ketepikan sebentar soal politik kerana sahabat seagama dan sebangsa dengan kita sedang menerima ujian daripada Allah SWT dan sebagai mereka yang mempunyai jiwa dan perasaan marilah kita berikan kekuatan dan semangat kepada seorang bapa yang memperkenalkan dirinya sebagai Abang Teh.

Mungkin kita tidak mampu menyumbang wang ringgit namun doa kita sebenarnya cukup besar ertinya buat mereka sekeluarga.

Kepada yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang adik Affeirul bolehlah ke laman media sosial  Affeirul dan menurut entri terbaru yang dimuat naik keadaan adik Affeirul menampakkan perkembangan positif.


Semoga keluarga adik Affeirul terus tabah dan kuat semangat..Insyallah..

Ikhlas MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels