Followers

Sunday 23 December 2012

Fauzi SAHkan PAS Sememangnya SESAT !!


Baru 7 bulan berkecimpung dalam politik PAS, ke hulur dan ke hilir diusung untuk menyampaikan ceramah mengutuk kerajaan, tapi kini Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman terpaksa mengaku yang beliau sudah tidak sanggup lagi bersama parti konon Islam itu.

Semata-mata mahu menjadi calon di Larut, Perak, Datuk Fauzi Shaari tidak sampai hati hendak melafazkan cerai terhadap isteri kesayangannya jika terpaksa keluar PAS suatu hari nanti. Ini bukan mainan tetapi betul-betul.

Sudah banyak mangsa yang terdiri dari ahli PAS yang tidak sanggup mengorbankan isteri semata-mata kerana politik sempit dan kuno PAS yang menyusahkan ahli-ahlinya.

Dalam dunia politik kita tidak dapat lari daripada bertemu dengan mereka-mereka yang berhati busuk dan pentingkan diri sendiri.Kerana itulah wujudnya wakil-wakil rakyat yang melompat parti.Ada dua kategori mereka yang dilabelkan sebagai KATAK ni , PERTAMA mereka yang melompat parti setelah melihat perjuangan parti sudah terpesong daripada perjuangan dan KEDUA mereka yang melompat parti kerana imbuhan dan kebendaan.


Walaubagaimanapun soal lompat parti adalah sesuatu yang agak sukar untuk dibanteras kerana ia melibatkan niat dan prinsip satu-satu individu itu sendiri dan kerana itulah maka PAS menjadikan ikrar janji mahupun BAI'AH sebagai BUKTI TAAT SETIA kepada perjuangan parti mereka.

BERBAI'AH untuk ceraikan isteri talak 3 sekiranya meninggalkan parti PAS adalah sesuatu yang amat menyesatkan dan melampau.Tindakan PAS dengan meletakkan syarat sedemikian bererti mereka mempermainkan hukum Allah swt.Bagaimana sebuah parti yang kononnya meletakkan Islam sebagai perjuangan boleh melakukan tindakan sedemikian ?

Jawapannya mudah kerana PAS sudah lama tersesat !

MMI pun tak nak mengulas panjang sebab tak pernah masuk PAS macam Fauzi Shaari. Tapi kalau nak tanya pengalaman boleh sebab ramai bekas ahli PAS yang dok cerita pasal kes bai'ah ni. Kalau tak percaya lagi? Boleh tanya pada Hasan Ali, Akhil Hayy, Zul Nordin dan sebilangan pemimpin PAS yang pernah bersama Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO.

kredit jawa bernam

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels