Followers

Wednesday 12 December 2012

Tiada Yang Lama Tiadalah Yang Baru


Bagi sesiapa saja semestinya bersetuju dengan MMI bahawa tiada yang lama sudah pasti tiadalah yang baru.Ungkapan yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu menunjukkan betapa tinggi nilai adat dan budaya kita dalam menghormati mereka yang lebih tua.

Sebagai antara generasi pelapis , MMI sedar bahawa pengorbanan mereka-mereka yang terdahulu amat besar ertinya.Malah hasil keringat mereka selama ini seharusnya diingati dan dihargai oleh kita tanpa mengira dari saluran mana mereka berjuang asalkan ianya merupakan sesuatu yang baik dalam usaha negara mencapai kemakmuran.

Bagitulah juga dengan seorang artis veteran ini Datuk Yahya Sulung dan isterinya kini amat-amat memerlukan bantuan dan sokongan dari pihak yang berwajib.Perjuangan dan pengorbanan Datuk Yahya Sulung bukanlah picisan beliau merupakan antara artis veteran yang dulunya pernah menghiburkan serta menceriakan kita seisi keluarga.

Walaupun perjuangan beliau di medan dunia hiburan tetapi sumbangan dan jasanya perlulah kita sebagai generasi muda hari ini hargai.

Kini Datuk Yahya Sulung dan isterinya amat memerlukan sokongan semua khususnya pihak Persatuan Artis Malaysia mahupun agensi kerajaan bagi membantu beliau yang kini dalam kesusahan.


Datuk Yahya Sulung dan isterinya Alisah telah menerima notis daripada DBKL agar mengosongkan rumah mereka kerana gagal membayar tunggakan sebanyak R......

Yang menyedihkan ialah dari Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar sehinggalah budak pejabat adalah berbangsa melayu. Tergamak mereka menghalau orang tua melayu yang tidak berupaya dari tempat berteduh?

MMI cukup terharu apabila melihat gambar diatas , apakah kita sebagai bangsa Melayu dan seagama dengan Datuk Yahya Sulung hanya mahu melihat sahaja ? 

Diharapkan pihak bertanggungjawab mengkaji semula bab mengosongkan kediaman dan dalam masa yang sama salurkan bantuan yang mampu diberikan supaya Datuk Yahya Sulung dan isteri dapat tinggal di kediaman mereka.

Bantulah dua insan warga emas ini kerana mereka adalah rakyat Malaysia yang pernah memberikan sumbangan dalam dunia hiburan tanahair.

Ingatlah tiada yang lama maka tiadalah yang baru oleh itu hargailah mereka sementara mereka masih bernyawa.

JANGAN BIARKAN DUA WARGA EMAS INI KELUAR DARI KEDIAMAN MEREKA KERANA SEKIRANYA ITU BERLAKU KITA SEBAGAI GENERASI BARU CUKUP KEJAM DAN ZALIM KERANA SANGGUP MELIHAT DUA WARGA EMAS INI HILANG TEMPAT BERTEDUH.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels