Followers

Thursday 24 January 2013

Caca Merba PAS Di Desak Keluar Dari Pakatan Haprak !!


PAS makin caca merba , hubungan bersama PKR dan DAPigs selama ini jelas menghancurkan prinsip perjuangan parti yang mengaku Islam ni.Malah sudah pasti juak-juak PAS yang selama ini merelakan diri mereka di cacaikan oleh pimpinan PAS meroyan dan mungkin dah jadi gila babi.

Apa pun yang berlaku nasi bukan saja dah jadi bubur tapi kering sampai dah boleh buat baling anjing !! 

Kota Bharu - Lebih 50 penduduk termasuk penyokong Pas yang tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, hari ini mengadakan demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dibenarkan.

Selain membawa sepanduk mengecam Guan Eng penduduk Kampung Padang Enggang itu turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.

Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudian mendesak Pas keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.

"Atas nama Islam, Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.

"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.

Mohd. Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Isu kalimah Allah itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Bagaimanapun, selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama Pas kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan. - BERNAMA

Sejauh mana pimpinan PAS akan mendengar suara akar umbi mereka ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels