Followers

Thursday 24 January 2013

Pulau Pinang Bouncer Kelab Malam Maut Di Tembak


Seorang pengawal kelab malam atau "bouncer" maut selepas ditembak seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Taman Desa Murni di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mangsa, Fauzi Hussin, 24, ditemui maut dengan satu kesan tembakan di rusuk kiri pada 5.25 pagi ini.

“Sepasukan anggota kita bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan satu kesan tembakan mengenai rusuk kirinya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, susulan kejadian itu polis menahan enam orang termasuk dua wanita warga Vietnam di sekitar daerah Seberang Perai Utara iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati salah seorang daripada mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun itu merupakan perancang utama kejadian berkenaan dan polis turut menemui kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya.

Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu bermula dengan perbincangan berhubung perniagaan antara mangsa dan beberapa lelaki berkenaan sebelum ia bertukar menjadi pergaduhan apabila gagal mencapai kata sepakat.

Katanya, mangsa dan suspek berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika pergaduhan itu berlaku dan pihak polis turut menemui beberapa botol arak di tempat kejadian.

“Kes itu dianggap selesai selepas kita menahan enam suspek dan mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. - BERNAMA

MMI.

2 comments:

  1. 2 kes hari ni ..


    Pemilik kilang bata maut ditembak di depan rumah
    2013/01/24 - 17:25:05 PM

    KULIM: Seorang ahli perniagaan dan pemilik kilang membuat bata mati ditembak semasa berjalan untuk masuk ke rumahnya di Jalan Gemilang 1, Taman Gemilang, Lunas, dekat sini, awal hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata Low Kah Soon, 38, dipercayai ditembak dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi, ketika berjalan sendirian selepas meletak kereta di sebuah rumah kosong sebelah rumahnya.
    Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, dua lelaki menunggang sebuah motosikal dipercayai berhenti di hadapan rumah ahli perniagaan itu apabila seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arahnya.


    Katanya polis yang mendapat panggilan kecemasan tiba di tempat kejadian, memeriksa dan mendapati terdapat satu kesan peluru di bahagian kepala ahli perniagaan itu.

    "Polis yakin mangsa mati akibat pendarahan di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah sias

    ReplyDelete
  2. Makin ganas penjenayah sekarang..

    ReplyDelete

Labels