Followers

Tuesday 1 January 2013

JIJAN Nak Lawan Lagi ?!!


"Kalau Nik Aziz Bertanding.. Saya pun Mahu Bertanding" itulah antara kenyataan yang keluar dari mulut Ustaz Azizan apabila menyentuh tentang pilihan raya dan nama calon.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyerahkan kepada rakyat bagi menentukan kedudukannya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Beliau menjelaskan, status tersebut turut bergantung kepada keputusan Majlis Syura PAS Pusat yang merupakan pemegang kuasa tertinggi dalam pemilihan  calon parti bagi setiap kawasan Parlimen dan Dun di seluruh Negara.

"Tengok la keadaan. Kalau rakyat dan PAS Pusat masih mahukan saya, saya akan terus bertanding. Saya pun (masih) kuat lagi.  

Kalau Nik Aziz kata bertanding, saya pun mahu tanding juga," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga, Pedu, dekat sini, semalam.Baca Selanjutnya.

Dari sumber yang sampai ke telinga MMI , Ustaz Azizan hari ini sebenarnya kurang sihat dan beliau sebenarnya perlu menjalani rawatan DIALISIS bagi mencuci buah pinggangnya setiap minggu.Jika sumber ini benar bagaimana Ustaz Azizan boleh pula berkata yang beliau masih kuat ?

Apa pun JIJAN dah kata dia nak bertanding lagi .. emm bertandinglah JIJAN ooi !!

MMI.

1 comment:

  1. SUDAH SUDAH LA TU. KENAPA ORG2 PAS NI TAMAK NAK MAMPOS??? NIK AZIZ TU LAIN LA SEBAB KALAU ADE JAWATAN MB DLM KUBUR PUN DIA NAK BERTANDING DLM KUBUR. DUA2 TAK GUNA JADI MB. SATU SERBA TAK TAU, SORG LAGI KAKI MAKI SUMPAH SERANAH, TETAPI YG JELAS DAPUR KEDUA-DUA NEGERI JARANG BERASAP !

    ReplyDelete

Labels