Followers

Tuesday 1 January 2013

Hadi Awang Menari TANGO ? HAPRAK !!


MMI nak ingatkan kepada rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam , Amanat Haji Hadi yang kini sudah mencetuskan tsunaminya yang tersendiri sebenarnya hanyalah satu isu yang mampu diselesaikan hanya dalam masa tak sampai 5 minit.

Namun kerana sikap Bongkak Hadi sendiri maka berpusing-pusing isu ini menghiasi dada-dada akhbar dan media.Tindakan beliau yang mahukan 1 jam di saluran perdana bagi memperjelaskan amanat bangsatnya hanyalah satu tarian yang kini sedang ditarikan dengan begitu rancak oleh Hadi.

Susah sangatkah untuk Hadi menyatakan sebaris kenyataan yang rasanya begitu mudah untuk diungkapkan ? Apa berat sangatkah lidah Hadi untuk menyatakan sama ada menarik balik amanat tersebut ataupun tetap pertahankannya ?

Inilah sebenarnya permainan politik yang sedang dimainkan oleh Hadi dan juak-juak Pakatan Haprak.

Lebih malang apabila Hadi sekali lagi meneruskan rentak tariannya kali ini dengan gaya TANGO pula apabila keinginan beliau yang penuh bernafsu itu untuk tampil selama 1 jam di saluran perdana mendapat maklum balas daripada pihak yang berkenaan cumanya Hadi perlu membuat surat permohonan dan ini ditempelaknya dengan sombong dan angkuh sekali.

Perlu diingat tidak ada sesiapa pun yang menjemput beliau untuk ke udara di saluran perdana , dalam soal ini beliau sendiri yang membuat permintaan maka sebagai seorang pemimpin apa kah susah sangat untuk Hadi mengarahkan orang-orang kanannya mahupun orang-orang parti sendiri menyediakan surat tersebut ?

Disini saja kita sudah dapat melihat bahawa Hadi sebenarnya tidak ikhlas malah bongkak dan sombong !

Kata Hadi, pihaknya tidak perlu membuat surat permohonan kepada kerajaan kerana telah diumumkan melalui media. 

“Saya sudah beritahu saluran RTM iaitu TV1 dan TV3. Rasmilah tu, dan terpulang kepada dia untuk tentu, tapi secara ‘live’ (langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh, dia mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran,” jelasnya.Baca Seterusnya

Bahkan, beliau bersetuju jika digandingkan dengan mana-mana pihak dalam majlis tersebut dengan syarat satu jam secara langsung di saluran tv berkenaan.Merujuk kepada kenyataan oleh Dr Rais Yatim Baca Sini.

Jika ikutkan hati banyak pihak di luar sana , jangan di layan langsung permohonan oleh Hadi untuk bersiaran disaluran perdana.Kerana kita tahu Hadi sedang memberikan alasan demi alasan kerana beliau semakin terhimpit oleh desakan banyak pihak supaya menarik balik amanat beliau.

Namun kita seharusnya tidak berkelakuan seperti beliau , MMI rasa layan saja tuntutan beliau dan aturkan secepat mungkin kerana seluruh rakyat pastinya akan mengikuti dengan penuh minat penjelasan yang mahu dibuat oleh Hadi.

Kita nak tengok sejauh mana Hadi nak menari dengan amanatnya.Ini merupakan peluang terbaik untuk UMNO dan kerajaan memperlihatkan kepada rakyat siapa sebenarnya Hadi Awang.

MMI masih mengikuti perkembangan isu ini dengan penuh minat..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels