Followers

Sunday 27 January 2013

Krisis Air Selangor - AUTA Pakatan Haprak


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan kerajaan pusat akan meneruskan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri Selangor. 

"Kerajaan pusat kata, lulus tak lulus kita sudah tawar kontrak bina Langat 2... dalam sebulan dua, kita buat juga Langat 2 demi kepentingan rakyat dan bukan Menteri Besar ataupun pakatan pembangkang," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada program mesra rakyat 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Dr Abdul Latiff, semalam. 

Beliau berkata, buat masa sekarang bagi menampung permintaan air yang semakin meningkat di kalangan rakyat, beberapa buah loji rawatan air di negeri itu terpaksa meningkatkan tahap pengeluaran sehingga 100 peratus. 

Projek Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan sebanyak 40.55 peratus iaitu kira-kira 29 bulan disebabkan keengganan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberikan kelulusan yang diperlukan. 

Mengikut perancangan asal, projek yang juga sebahagian komponen Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor itu akan dilaksanakan melalui dua fasa membabitkan 23 pakej pembinaan bagi setiap fasa. 

Langat 2 adalah sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025. 

Mengenai usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari empat syarikat konsesi di negeri itu, Muhyiddin berkata, kerajaan pusat tidak menghalang usaha itu selagi ianya berlandaskan undang-undang dan peraturan. 

"Kerajaan pusat tidak sekat usaha kerajaan negeri ambil alih empat syarikat konsesi ini. Pergilah ambil alih konsesi air dan buat rundingan dengan pihak konsesi ini," katanya. 

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor ada ikatan dan perjanjian dengan semua syarikat konsesi dan mereka harus selesaikan pengambilalihan secara rundingan atas dasar persetujuan antara pembekal dan pembeli. 

"Justeru, kerajaan negeri tidak boleh mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi secara sewenang-wenangnya sebab terikat dengan undang-undang dan akta yang termaktub dalam perjanjian konsesi," katanya. 

Empat syarikat konsesi air di Selangor ialah Syarikat Pengeluar Air Berhad, Konsortium Abbas, Syarikat Bekalan Air Selangor dan Puncak Niaga.Baca Selanjutnya 

Pakatan Haprak sebenarnya banyak auta kerana mereka bukan mahu memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat tetapi lebih kepada memikirkan tentang hal politik.

Kadang-kadang MMI hairan Selangor mempunyai barisan pemimpin Pakatan Haprak yang sering mengaku bahawa merekalah yang terbaik.Namun mengapa soal melibatkan keperluan asas rakyatnya sendiri diabaikan ?

Jika Khalid Ibrahim , Anwar Ibrahim , Rafizi Ramli dan banyak lagi sering diangkat sebagai pemimpin agung Pakatan Haprak mengapa dalam hal ini mereka dilihat semacam badut sarkas ?

Dan paling menyedihkan apabila rakyatlah yang menjadi mangsa !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels