Followers

Thursday, 28 February 2013

Jejambat Di Putrajaya RUNTUH !!


Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 1 tengah hari tadi.

Lokasi kejadian ialah di P2.5, Lebuh Raya Elite bersebelahan dengan Selangor Science Park 2.Ia terletak di laluan menuju ke KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.

Jurucakap pihak lebuh raya memberitahu, jejambat itu memang sudah ditutup sejak beberapa bulan lalu dan sudah wujud retakan di struktur itu sebelum ini dipercayai akibat permukaan tanah yang lembab di kawasan jambatan berkenaan.

“Jejambat ini pernah digunakan untuk tiga bulan sahaja sebelum terpaksa ditutup akibat masalah mendapan tanah,” katanya.

Pengguna di laluan berkenaan terpaksa menggunakan lencongan sebelum ini. Setakat ini tiada sebarang laporan kecederaan atau kematian.

Pihak media ketika ini sedang berkumpul di lokasi kejadian.




Lagi gambar di mynewshub

MMI.

No comments:

Post a comment

Labels