Followers

Friday 1 March 2013

D-Day !!


Desas-desus bertiup kencang sama ada dari penyokong kerajaan BN mahu pun pembangkang yang hari ini adalah "The D-Day" PM akan mengumumkan secara rasmi pembubaran Parlimen bagi membolehkan dijalankan satu pilihanraya di negara kita.

Apa yang dimaklumkan pagi nanti hanyalah mesyuarat antara PM dengan Agong sama seperti mesyuarat di hari-hari sebelum ini. Cuma yang menarik perhatian MMI dan seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti bilakah parlimen akan dibubarkan PM dan bilakah tarikh PRU13.

MMI juga sama seperti rakyat lain dah penat dah menunggu tarikh PRU13 seperti yang digembar-gemburkan akan diadakan pada bulan Mac12, Jun12, Sept12 hingga Dis12. Sekarang ini adalah penghujung tempoh tamat penggal kali ini yang MMI rasa paling panjang tempohnya sepanjang pengetahuan MMI.

Marilah kita sama-sama nantikan dengan penuh debaran esok hari sama ada peristiwa keramat pengumuman pembubaran Parlimen akan berlaku atau kita terpaksa menanti lagi entah bila tarikh sebenar.sumber 

Sementara itu jom kita layan video kat bawah nii..


Berdebar-debarkan...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels