Followers

Saturday 20 April 2013

Proses Penamaan Calon Berlangsung Hari Ini !!


Sebentar saja lagi barisan calon-calon yang bakal bertanding mewakili parti-parti masing-masing akan mula berhimpun bersama jentera masing-masing untuk ke pusat penamaan calon di kawasan masing-masing.Apa yang pasti penantian sejak tahun lalu bagi menghadapi pilihanraya umum ke13 sudah pun memasuki peringkat akhir dimana selesai sahaja proses penamaan calon pagi ini sudah pasti medan peperangan sebenar  terbuka seluas-luasnya.

Kepada seluruh rakyat Malaysia tempoh masa selama 15 hari untuk berkempen ini haruslah digunakan sebaik-baiknya kerana anda bukan saja akan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia tetapi juga sedang menentukan jatuh bangun sebuah negara bernama Malaysia.

Di Pulau Pinang sebanyak 13 kerusi parlimen dan 40 kerusi DUN akan di pertandingkan.Berikut adalah senarai nama , kawasan dan jumlah kerusi parlimen dan DUN di Pulau Pinang.



MMI percaya Barisan Nasional Pulau Pinang sudah pun menurunkan barisan terbaik mereka menghadapi parti lawan dan juga pengkianat-pengkianat parti yang bakal bertanding atas tiket bebas.Sehingga saat ini BN Pulau Pinang konsisten dan memberikan komitmen penuh dengan manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.



Undilah Barisan Nasional !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels