Followers

Sunday, 12 May 2013

HOT MCA Ada Komplot Dengan DAP ??!!!!


Mengapa MCA tetap enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri berikutan prestasi buruknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini. Adakah benar ianya kerana mereka malu dengan prestasi buruk atau adakah sebenarnya kerana mereka sedar bahawa  tembelang mereka menyokong DAP telah terbongkar?

Kononnya MCA  akan mematuhi resolusi yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan 2011 dan 2012 bahawa MCA akan menolak semua jawatan dalam kerajaan, jika prestasinya lebih teruk pada PRU13. Kononnya MCA  ingin menekankan bahawa keputusan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan datangnya daripada EGM yang diluluskan sebulat suara.

Sebenarnya MCA tidak pernah bersungguh-sungguh berusaha untuk memenangkan Barisan Nasional dalam PRU 13 baru-baru ini.  Mereka bertindak ala kadar sahaja.  MCA tiada sebarang perancangan  dan tindakan serius untuk menarik pengundi Cina. Adalah mustahil mereka tidak tahu keperluan dan kemahuan sebenar pengundi Cina sehingga mereka gagal menarik pengundi Cina untuk menyokong mereka.

MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya pada PRU13, menyebabkan ia diberi gelaran memalukan ‘seven-11 party’ atau parti tujuh-11 sedangkan pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun.

Sebelum ini kita telah banyak kali menegur MCA apabila gagal mengawal berita yang dimanipulasikan dalam akhbar milik MCA iaitu The Star. Adun DAP bebas menulis dan mencatur berita dalam The Star sesuka hati mereka. MCA hanya membisu seribu bahasa yang mencerminkan bahawa MCA memberi lessen besar kepada DAP untuk berkempen dalam The Star.

Menurut seorang kawan penulis, beliau telah memberitahu modus operandi DAP yang menghampiri pengundi Cina secara “one by one”  “personally” bagi memastikan bangsa Cina faham matlamat DAP. Namun saranan kawan penulis telah dipandang sepi. Persoalannya adakah mereka ini terlalu malas untuk berusaha untuk Barisan Nasional atau sebenarnya mereka berkomplot untuk memenangkan DAP.

Ini semua menjadi pengajaran yang cukup mahal untuk kita mengatur strategi terbaik menjelang PRU14 nanti.mykmu.net 

MMI.

6 comments:

  1. BERKEMUNGKINAN.....HATI MANUSIA TIADA SIAPA TAHU LEBIH-LEBIH LAGI KALAU DAH SAMA WARNA KULIT & MATA SEPET.

    SEMEMANGNYA MEREKA NAMPAKNYA SEMACAM TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK BERKEMPEN PADA PRU13... BILA DAH NAMPAK BELANG SELEPAS PRU13...TERUS PEGANG PADA KEPUTUSAN EGM MEREKA 2011 TAK NAK TERIMA APA-APA JAWATAN DI KERAJAAN PUSAT ATAU KERAJAAN NEGERI......KONON...INI SEMUA ADALAH SENDIWARA JE.....

    ReplyDelete
  2. pasal apa bangsa cina dan india boleh bersatu, mengapa pula bangsa melayu susah sangat,ada yang tidak mengaku melayu, Malaysian.......

    ReplyDelete
  3. Pandangan saya, dalam keadaan ini beberapa perubahan/transformasi besar harus dilakukan UMNO segera. Antara yg utama:
    1) Anjakan paksi perjuangan UMNO drpd Melayu kepada Islam, tanpa meminggirkan Melayu sebagai bangsa teras Islam di negara ini. Harus bermula dengan penubuhan Majlis Syura UMNO yang memandu perjalanan parti. Perjuangan mempertahankan Islam dan Perlembagaan diperteguhkan pada peringkat ini
    2) Pembukaan keahlian penuh UMNO kepada Cina Muslim, India Muslim, dan Bumiputera Muslim lain seperti Siam, Orang Asli, serta suku2 di Sabah & Sarawak, berbanding sekadar ahli bergabung kini. Sayap khusus untuk setiap kelompok ini diwujudkan demi memperjuangkan hak masing-masing. Parti-parti Bumiputera di Sabah & Sarawak dijemput bergabung dalam satu Gagasan Mega ini
    3) UMNO harus menjuarai isu hudud dan negara Islam, berbanding PAS yang semakin tenggelam. Pelaksanaan secara hemah dan tertib amat penting, mengambil kira kewujudan masyarakat non-Muslim. Ini juga mendekatkan penyatuan UMNO-PAS.
    4) Berdasarkan perubahan 1, 2 dan 3 di atas, Cadangan penukaran nama asal UMNO kepada United Muslim & Native Organisation/ Pertubuhan Muslim & Bumiputera Bersatu
    5) Imbangan perubahan kepada parti komponen BN yang lain. Dengan UMNO kekal sebagai teras, parti lain harus berusaha kuat memahamkan kaum diwakili masing-masing supaya menerima realiti dan kemahuan masyarakat majoriti tanpa hak minoriti ini diambil
    6) Setelah pihak minoriti akur, usaha dakwah kepada mereka harus digiatkan dan mereka diajak menyertai pihak majoriti dengan menerima Islam. Penyusunan ekonomi dan lain-lain sesama masyarakat Islam adalah lebih mudah.
    7) Pergi lebih jauh dr itu, keadaan ini akan menjadi teras kekuatan baru di peringkat global yg memungkinkan keupayaan kita utk memecahkan penguasaan negara2 maju dengan adunan harmoni masyarakat berbilang kaum ini
    Persoalannya beranikah UMNO melakukan perubahan ini?

    ReplyDelete
  4. Walau apa sekali pun alasan cina.cina tetap cina.Tidak setia kawan,tikam dari belakang,senyum penuh dgn kepura-puraan.PR tewas dlm pru 13 ,sunami cina ketara utk menumbangkan BN,sekarang ketua cina dlm BN memberi 1000 alasan,hanya orang melayu PAS bangga dg kemenangan DAP.Sedangkan cina berjaya menyatukan bangsa merika dalam satu wadah PR.

    ReplyDelete
  5. Saya pun curiga juga....tapi kita tak boleh menuduh sebab kita tak pasti sama ada ianya benar atau tidak....apa yg boleh kita buat ialah....tunggu dan lihat dlm masa 5 tahun ni....dan di masa PRU ke14 nanti....semoga Allah selamatkan dan satukan semula ummah kita yg telah berpecah ini kembali menjadi SATU saf yg rapat dan lurus....amin yarabbalalamin....

    ReplyDelete

Labels