Followers

Tuesday 28 May 2013

Jentera Media Baru IKTIRAF MEREKA !!!!


PRU 2008 yang lalu merupakan medan peperangan politik yang cukup tidak seimbang malah kebanyakkan pihak mengakui bahawa antara faktor kelemahan jentera Barisan Nasional pada ketika itu adalah kerana masih mengamalkan kempen secara ortodoks tanpa melihat kepada keperluan dan perkembangan khususnya dalam bidang IT dan teknologi yang sebenarnya di bawakan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional sendiri.

Kerana itu Barisan Nasional menerima tamparan paling hebat apabila kehilangan 2/3 majoriti malah hilang 5 buah negeri kepada pembangkang.

Apa yang berlaku sebenarnya ? pasti ramai yang telah mengetahuinya selain daripada isu-isu yang melibatkan kepimpinan , pihak pembangkang menguasai sepenuhnya saluran media sosial yang menjadi pilihan anak muda dan golongan pengundi kali pertama untuk mendapatkan maklumat.

Dengan segala kecaman dan fitnah terhadap kerajaan tanpa kekuatan di pihak UNMO dan Barisan Nasional  untuk pertahankan maka 2008 Barisan Nasional kecundang dengan keputusan terburuk.

Bangun dan belajar dari kelemahan itu maka seluruh jentera di gembleng tanpa menidakkan sama sekali jentera media baru yang juga mempunyai peranannya.

Maka keputusan PRU 2013 menyaksikan Barisan Nasional kembali merampas Kedah dari tangan pembangkang dan masih mengekalkan kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

Walaupun masih ada negeri seperti Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan tetap dimenangi oleh pembangkang namun kita harus menerima hakikat yang usaha berterusan serta sokongan semua pihak amat-amat di perlukan bagi menggerakkan satu jentera perang yang tersusun.

MMI percaya bahawa dengan seluruh kekuatan jentera di peringkat bahagian-bahagian dengan sokongan dan pengiktirafan terhadap jentera media baru , dengan tempoh masa berbaki 5 ke 10 tahun lagi kita mampu melakukan sesuatu.

Iktiraf jentera ini di semua peringkat insyallah kita mampu sama-sama melakukannya.

Ketua Bahagian

Setiap bahagian Umno perlu mempertingkat keberkesanan penggunaaan media sosial bagi menolak tohmahan yang dilempar pihak lawan meskipun bahang pilihan raya umum ke-13 sudah berakhir.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana perkembangan media sosial mempunyai pengaruh besar serta berupaya mengubah minda dan persepsi rakyat.

Beliau berkata, tumpuan atau gerak kerja konvensional harus berubah seiring persekitaran politik pada masa ini.

“Pemimpin parti perlu bergerak seiring dengan perubahan tersebut bagi memastikan kita berupaya menyelami denyut nadi rakyat, termasuk memahami aspirasi golongan muda,” katanya dalam blog Umnobahagiancheras.blogspot.com pada Isnin.

Syed Ali berkata, sudah tiba masanya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional(BN) melakukan tranformasi lebih komprehensif sejajar perubahan sikap danpemikiran rakyat negara ini sebelum rakyat mencari pilihan yang sesuai dengan kehendak, cita rasa dan keperluan mereka.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad dilapor berkata, BN perlu melakukan perubahan dari segi strategi, pendekatan, pembaharuan program dan lebih pragmatik untuk terus kekal relevan pada pilihan raya umum ke-14.

Najib, yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN, berkata landskap politiknegara terus berubah dengan pantas menerusi proses urbanisasi, pendidikan, taraf hidup dan perkembangan teknologi maklumat, memperlihat formula yang diguna pakaiBN selama ini mungkin sudah tidak relevan lagi.

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, yang menyokong kenyataan Najib,berkata perkara itu harus diteliti dan dibincang secara mendalam selari denganasas penubuhan BN yang memberi manfaat besar kepada negara.

“Apa yang ada ketika ini sangat baik, cumanya dari segi pendekatan kita perlu tambah baik. BN sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, perlu terus membuat kerja berbanding pembangkang yang sibuk bermain politik,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.sumber 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels