Followers

Monday 13 May 2013

Masanya Sudah Tiba Pulau Pinang vs Kedah !! Apa Jadi ????


Tahniah buat rakyat Kedah kerana memilih Mukhriz yang mewakili Barisan Nasional sebagai Menteri Besar Kedah. Yang pasti rakyat Kedah amat bertuah kerana memiliki Mukhriz yang banyak berpengalaman dalam MITI yang berjaya membawa masuk banyak pelaburan baru ke Malaysia termasuk pelabur ke Pulau Pinang.

Dulunya Lim Guan Eng amat tidak suka dan ambil kesempatan keatas segala kerja keras Mukhriz yang banyak menyumbang pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang . Yang Lim Guan Eng tahu dengan tumpang ambil nama sahaja, kononya dia paling berjaya bangunkan Pulau Pinang, tetapi dalam sedar tidak sedar Lim Guan Eng bakal menghadapi satu fenomena yang mana dulunya Azizan boleh dikaldai dan sekarang bak buku bertemu ruas.

Jika kita imbaskan kembali. Dalam sidang DUN Kedah, exco Kerajaan Negeri, Datuk Amiruddin Hamzah membangkitkan isu kadar pajakan Pulau Pinang, dengan menuntut dinaikkan daripada RM10 ribu kepada RM10 juta setahun. Malah pernah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) bangkitkan isu dengan menganggap tuntutan menaikkan kadar pajakan dari RM10 ribu bukan isu pokok. Yang Dipertua PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof menegaskan bahawa tuntutan yang sewajarnya dibuat adalah terhadap tanah Pulau Pinang dan Seberang Perai (Province Wellesley) itu sendiri. Ianya milik mutlak Kedah.

Pulau Pinang juga mendapat manfaat besar secara percuma dari Kedah iaitu sumber air. Kedah berkorban untuk tidak menebang hutan tadahan demi untuk menjaga sumber air yang sungainya mengalir ke sempadan kedua negeri. Pulau Pinang menyedut air mentah tanpa menghulur satu sen pun kepada Kedah, sehingga mereka mampu mengenakan caj air yang paling rendah di negara ini.

Mummy Rokiah memberitahu bahawa Pulau Pinang banyak membazirkan air. Purata penggunaan sehari adalah sebanyak 285 liter sehari bagi setiap penduduk. Pulau yang tidak ada sumber air mengalahkan Johor pada 207 liter sehari bagi setiap penduduk, Selangor (234 liter), Kedah (236 liter), Negeri Sembilan (239 liter) dan Melaka (268 liter).

Zaman Kedah dibawah PAS bolehlah Lim Guan Eng jadi penipu besar dengan kata pasal tarif mereka terendah pada 31 sen semeter padu. Dia saja buat lupa bahawa air Pulau Pinang dibekalkan oleh Kedah dengan bayaran honararium RM10,000 setahun.

Oleh itu akan menjadi tanggungjawap besar buat Menteri Besar baru Kedah untuk membongkar segala penipuan terbesar Lim Guan Eng hingga rakyat salah anggap kepada Kerajaan Barisan Nasional. Cukuplah  kita mendukung biawak hidup ini dan kali ini tolonglah pastikan Lim Guan Eng mempunyai tanggungjawap sama, dengan bertanggungjawap membiayai berkalan air secara adil seperti negeri-negeri yang lain.sumber 

Dengaq cita lepas ni puak-puak bangsat penyokong Guan Eng belah pulau sana noo akan minum air kumbahan yang disterilkan , betul ker ???

MMI.

1 comment:

  1. Agak2 ada ka prk d kedah dlm masa terdekat ni? Rasanya kalau yg uzur dan x mampu jlnkan tggjwb sbg wakil rakyat, baik lapaskn secara terhormat, dpd dok peram jawatan, buat bedosa sj x jlnkan amanah.A

    ReplyDelete

Labels