Followers

Friday 31 May 2013

Salam Jumaat , Apa Benar Kerajaan BN ZALIM ?!!!!


Macam-macam cita sekarang ni kerajaan tak betul sana , tak betul sini malah dah sampai tahap gaban dah !! Mana tidaknya segala rasuah , kroni , menipu , perabih duit rakyat dan macam-macam lagilah semuanya lengkap ada pada kerajaan.Ada pula tu lepas sahaja pilihanraya baru-baru ni siap buat perhimpunan lagi..Mak ai dah sampai ke tahap tak boleh terima ketentuan tuhan dah !! manusia apa puak-puak ni sampaikan semuanya salah semuanya tak betul ?

MMI bukannya apa kadang-kadang sebagai manusia ni kita selalu lupa tentang nikmat yang Allah swt berikan kepada kita.Apalagi sebagai orang Melayu dan beragama Islam kita di tuntut untuk berterima kasih sesama manusia selain dari berterima kasih dan bersyukur kepadanya.

Bagaimana masih ada sebahagian dari kita yang langsung tidak berterima kasih sesama sendiri tapi boleh pula bersyukur dengan nikmat pemberian tuhan.Bukan soal MMI mahu menidakkan rasa syukur kita kepada Allah swt tetapi Allah lebih suka kepada umatnya yang berterima kasih sesama sendiri sebelum berterima kasih serta bersyukur kepadanya.

Entahlah agak sukar untuk kita labelkan mereka-mereka ini namun sebagai rakyat MMI yakin dan pasti sebahagian besar rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sebenarnya sentiasa mendapat manafaat daripada sebuah kerajaan bernama Barisan Nasional.

Ya Barisan Nasional merupakan sebuah kerajaan yang sering di herdik dan di caci oleh sebahagian besar juak-juak pembangkang.Namun MMI ingin berpesan kepada semua kerajaan yang di herdik dan di maki inilah yang saban detik dan waktu memikirkan tentang untung nasib rakyatnya.

Sebenarnya MMI sendiri kurang memberi perhatian dan baru semalam sewaktu mengemas meja tiba-tiba terpandang sesuatu..Masyaallah besarnya nikmat yang Allah swt kurniakan kepada rakyat Malaysia selama ini.



Terima kasih kerajaan !! Terima kasih Ya Allah !! Sesungguhnya aku bersyukur dengan limpah kurniaMu dan nikmat pemberianMu.Amin.

Psst chek bil masing-masing...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels