Followers

Tuesday 4 June 2013

Hati-Hati Dengan Cadangan Penggabungan Parti Dalam BN !!


Melihat kepada senario politik terkini selepas PRU13 , Barisan Nasional seharusnya menjadikannya sebagai kayu ukur kepada setiap perancangan dan gerak kerja parti tersebut selepas ini.Bukan niat MMI mahu menggugut mana-mana pihak tetapi rasanya adalah lebih baik kita bersedia dari sekarang kerana tempoh masa 5 tahun yang akan datang bukanlah satu tempoh masa yang panjang dan Barisan Nasional perlu benar-benar bersedia dari segi mental dan fizikal.

Apa sahaja yang di lakukan selepas ini seharusnya berdasarkan keputusan PRU13 kerana kita tidak lagi boleh mendabik dada kononnya rakyat memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.Percaya atau tidak dalam tempoh masa 3 tahun sebelum ini , UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya sudah pun di tipu hidup-hidup oleh sebahagian besar masyarakat kaum Cina.Ini boleh dilihat melalui keputusan baru-baru ini dan ianya bukan main-main malah di sesetengah kawasan majoriti mereka yang mengundi calon pembangkang jauh mengatasi jumlah undi calon Barisan Nasional.

Inilah sebenarnya yang sedang di jaja oleh raja liwat dalam himpunan haram yang dianjurkan pembangkang kononnya pembangkang memenangi undi popular sedangkan hakikatnya berlaku sebaliknya.

Kemudiannya pelbagai cadangan mula disuarakan bagi memantapkan Barisan Nasional dan antaranya adalah penggabungan parti-parti komponen Cina di bawah Barisan Nasional.

Empat parti komponen masyarakat Cina di bawah Barisan Nasional (BN) perlu bergabung dalam usaha merangka strategi bagi memenangi semula hati pengundi kaum itu.

Empat parti dimaksudkan adalah MCA, Gerakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, langkah itu dapat menjadikan parti untuk masyarakat Cina terus relevan dan boleh menjadi tempat untuk komuniti tersebut berteduh.

''Tidak ada makna lagi setiap parti komponen itu berjuang secara sendirian. Itu kaedah lama. Tukar kepada yang baharu yang lebih segar dan diyakini para pengundi terutama golongan muda.

''Dengan penggabungan itu nanti, saya percaya parti mewakili masyarakat Cina di bawah BN akan menjadi lebih kukuh kerana mengambil kira perbezaaan pendekatan dalam setiap jentera di keempat-empat parti itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan pengundi-pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini yang telah mengecewakan Perdana Menteri apabila memandang sepi segala usaha pembangunan dan transformasi kerajaan sebaliknya memberi sokongan kepada parti cauvinis Cina, DAP.

Lum Yong juga mencadangkan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) menubuhkan satu pasukan khas luar daripada parti itu yang terdiri daripada profesional bagi menyusun strategi menarik undi dan mendekati semula masyarakat Tionghua itu.

''Contoh di Pulau Pinang, rakyat di sana benci kepada kumpulan yang berkempen untuk BN. Mereka bersikap sebegitu kerana minda mereka telah dibentuk oleh pemimpin di negeri itu.

''Sehubungan itu, amat wajar satu kumpulan yang tiada kaitan dengan BN diwujudkan, mereka hanya sebagai pemikir untuk kerajaan BN bagi mendekati masyarakat seperti di Pulau Pinang,'' katanya.

MMI bukan menolak cadangan supaya parti-parti komponen Cina bergabung menjadi satu parti , dari segi politiknya barangkali ianya mampu memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional.Tetapi yang lebih merisaukan MMI adalah kesan daripada penggabungan itu sendiri.Apakah parti-parti Cina dalam Barisan Nasional benar-benar bersedia untuk melakukan apa yang di panggil tranformasi besar-besaran itu ?

Dalam masa yang sama apakah dengan penggabungan tersebut masyarakat kaum Cina boleh kembali menyokong Barisan Nasional ?

Kepada pucuk pimpinan , jangan sesekali menidakkan keputusan PRU13 dalam setiap keputusan selepas ini kerana MMI hanya mahu melihat Barisan Nasional tidak lagi menjadi kuda tunggangan kepada mereka yang langsung tidak pernah kenal erti berterima kasih.

Tugas kita jauh lebih besar dan berat maka dengan itu hati-hatilah dalam setiap keputusan selepas ini.

Psst apakah dengan penggabungan parti-parti komponen Cina dalam Barisan Nasional akan menjadikan ianya lebih relevan ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels