Followers

Tuesday 4 June 2013

Tun Mahathir ~ Korbankan BN Atau Pengorbanan Rakan Komponen BN ? Mana Lebih Penting ??


Kita tahu selepas PRU13 banyak pihak khususnya parti-parti politik menerima kesan secara langsung daripada suara akar umbi.Mana-mana parti politik pun tidak terkecuali dari menerima kesan ini dan ianya sudah cukup untuk memberikan gambaran kepada semua pihak bahawa Malaysia mempunyai rakyat yang faham tentang perjalanan politiknya.

Jangan di nafikan waima mereka di kampung-kampung pun sebenarnya faham tentang apa yang sedang berlaku dan kerana itulah pada pilihanraya kali ini kita dapat melihat seolah-olah wujud dua kumpulan teras paling utama yang membezakan Barisan Nasional dengan pembangkang.

Jika di ukur dari gerak kerja kempen rasanya Malaysia merupakan sebuah negara yang setiap detik dan masa memberikan kebenaran kepada semua parti-parti politik untuk berkempen malah kempen yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa pun berjalan seperti biasa.

Begitulah hebatnya Malaysia dan kempen ini bertambah agresif apabila menjelangnya pilihanraya.Namun masih ada suara-suara di belakang sana yang menuduh kerajaan tidak telus dan menyekat segala macam sumber dan pelbagai perkara lain yang kadang-kadang membuatkan kita sendiri semak dengan rungutan demi rungutan.

Apa yang pasti PRU13 telah menyaksikan melalui sistem demokrasi rakyat telah memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk menubuhkan kerajaan walaupun pada tanggapan sesetengah dari kita mandat ini tidak kuat kerana BN gagal mendapat 2/3 majoriti tetapi hakikatnya BN menang dalam pilihanraya baru-baru ini.

Kita perlu menerima hakikat keputusan PRU13 jelas berlaku sekali lagi Tsunami politik seperti mana Tsunami politik sebelum ini dan kali ini ianya agak berbeza dengan sebelumnya.Tsunami politik kali ini agak menarik apabila undi kaum Cina di lihat langsung tidak menyebelahi Barisan Nasional.

Kegagalan calon-calon parti komponen seperti MCA dan Gerakan merupakan bukti jelas yang tidak lagi boleh diselindungi oleh mana-mana pihak.Kaum Cina dengan jelas seolah-olah sudah membuat kata putus secara beramai-ramai dengan keputusan untuk memberikan undi kepada pembangkang.


MMI pernah menulis tentang isu ini dan melabelkan ianya sebagai satu kesilapan terbesar yang dilakukan oleh kaum Cina Baca Sini 

Maka kerana itulah kita mula mendengar pandangan pihak-pihak tertentu khususnya dalam Barisan Nasional untuk mencari jalan keluar atau kaedah yang terbaik bagi mendapatkan kembali kepercayaan dan undi kaum Cina khususnya dalam PRU14 nanti.

Oleh yang demikian timbul idea untuk menjadikan Barisan Nasional sebagai parti tunggal yang terbuka kepada semua pihak tanpa mengira bangsa.

MMI bukan menolak cadangan tersebut cuma dalam keadaan hari ini dengan kaum Cina seolah-olah dilihat mempermain-mainkan usaha dari kerajaan apakah ianya relevan untuk menjadikan Barisan Nasional sebagai parti tunggal ??

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.

"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya.

"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.

"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum,".

Tun Mahathir berkata, BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan tentang corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya.

Beliau turut ditanya mengenai sama ada BN boleh menerima kemasukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagaimana Perikatan pada suatu masa lalu membawa masuk parti pembangkang ke dalam parti gabungan itu.

Tun Mahathir berkata, BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN.

Mengenai prestasi UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Tun Mahathir berkata, walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu, ia masih berdepan dengan banyak kelemahan.

"Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO ataupun perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutamanya kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.

"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO," kata Tun Mahathir. - BERNAMA

Berdasarkan kenyataan Tun Mahathir jelas isunya bukan soal parti tunggal dan berbilang kaum , isu utamanya adalah sejauh mana parti-parti dalam Barisan Nasional mampu mendapatkan kepercayaan rakyat untuk terus mempercayai mereka.

Apakah MCA selepas ini mampu terus relevan sebagai sebuah parti dalam komponen Barisan Nasional ?? Begitu juga dengan Gerakan dan lain-lain.

Malah jika di tanya MMI seperkara yang harus diberikan perhatian adalah UMNO sudah lama bersatu dengan menyatukan seluruh pertubuhan serta persatuan bangsa Melayu menjadi satu kumpulan besar yang dinamakan UMNO sejak sebelum MERDEKA.

Malah penyatuan atas nama UMNO itulah yang menggerakkan kepada perjuangan mencapai KEMERDEKAAN.

Maka MMI rasakan adalah lebih baik sekiranya MCA dan GERAKAN bersatu menjadi sebuah parti besar yang mewakili bangsa Cina manakala MIC bersama PPP,IPF turut bersatu seperti mana UMNO mewakili bangsa Melayu dalam Barisan Nasional.Sekiranya ini dapat dilakukan MMI yakin ada ruang dan peluang yang boleh kita fikirkan bagi berdepan dengan masyarakat dan rakyat khususnya dalam menghadapi PRU14.

Percayalah ianya bukan soal BN harus dikorbankan tetapi pengorbanan rakan-rakan komponen BN lainnya.

Soalnya mampukah mereka lakukannya ???

Baca juga di SINI 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels