Followers

Friday 28 June 2013

PANAZZ Piket Pertama Di Pulau Pinang Selepas PRU13 !!!


Hari ini semua ADUN di Pulau Pinang telah selesai mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri yang bermula sejak pagi tadi.Walaubagaimanapun berlaku satu insiden di perkarangan pintu masuk ke Dewan Undangan Negeri apabila seorang wartawan telah di halang masuk untuk membuat liputan.

Siapa dan dari manakah wartawan yang di maksudkan tu ? 

Wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan berita majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi apabila wartawan berkenaan Mohd Firdaus Ismail memohon pas lawatan untuk masuk ke perkarangan DUN.

Firdaus berkata, pengawal keselamatan enggan memberikan pas lawatan masuk ke DUN dan memberitahunya ia adalah atas arahan pihak atasan.

"Pengawal DUN tersebut telah memberitahu saya bahawa wartawan Utusan tidak dibenarkan masuk ke DUN untuk membuat liputan," katanya kepada pemberita.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudiannya membuat protes secara berseorangan dengan memegang kad bertulis "Ketelusan telah mati di sini" dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan DUN.

Katanya, beliau berbuat demikian sebagai meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering melaung-laungkan kebebasan akhbar.

Firdaus berkata sebelum ini, wartawan Utusan juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui.

"Tetapi, kini telah masuk penggal baru untuk persidangan DUN, mereka seharusnya membentangkan usul baru dan usul yang lama telah tamat tempoh," katanya.

Speaker DUN yang baru, Law Choo Kiang ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kejadian itu berlaku akibat kesilapan pengawal keselamatan bangunan DUN yang telah menguna pakai arahan lama.

"Saya ingin menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku atas kesilapan teknikal pengawal DUN dan saya berjanji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.

Katanya, beliau akan menjemput wartawan tersebut untuk membuat liputan persidangan DUN Selasa depan. 
Sebelum itu 40 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang hari ini mengangkat sumpah jawatan sebelum bermulanya penggal baru persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.
Majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diikuti Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Mohd Rashid Hasnon dan TKM II P.
Ramasamy, 10 anggota exco dan Adun yang lain.
Ketua Pembangkang Datuk Jahara Abdul Hamid bersama sembilan lagi anggota Dun BN turut mengangkat sumpah di hadapan Speaker yang baru dilantik, Law Choo Kiang.
Law yang juga Adun Bukit Tambun dalam ucapannya menasihati kesemua Adun  agar membuat kerja rumah sebelum menghadiri persidangan minggu depan.
"Saya berharap Adun-adun kali ini akan kurangkan perbahasan politik.
Terdapat banyak undang-undang dan enakmen yang boleh mereka bahaskan selain politik," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Speaker Dun dan Adun di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lepas, pakatan pembangkang memenangi 30 daripada 40 kerusi Dun.
DAP berjaya mengekalkan kesemua 19 kerusi Dun yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 manakala PKR memenangi 10 kerusi dengan pertambahan satu kerusi iaitu Dun Seberang Jaya dan Pas kekal dengan kerusi tunggalnya di Dun Permatang Pasir manakala BN yang diwakili Umno pula memenangi 10 kerusi.Bernama
Huhuhu dengar kata wartawan The Star senang saja dapat pas masuk !!!

MMI.

1 comment:

  1. inilah akan terjadi bila biawak biawak menjadi berkuasa. lain yang di buat ,lain pula yang di istihar.

    ReplyDelete

Labels