Followers

Friday 7 June 2013

UPDATE Jambatan Kedua Pulau Pinang RUNTUH !!


GEORGETOWN: Polis mengesahkan tiga orang termasuk dua pekerja dan seorang awam cedera selepas rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini runtuh petang semalam. 

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, sehingga jam 11 malam lebih 100 anggota tnasuk pegawai polis , 11 anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan 50 anggota bomba dari lima balai sedang bertungkus lumus melakukan operasi mencari dan menyelamat. 

Sementara itu pasukan Bomba dan Penyelamat mengesahkan menemui satu mayat di dalam sebuah kereta, dipercayai jenis Perodua Kelisa, lewat malam tadi. 

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan jumlah mangsa di dalam kenderaan terbabit dan usaha untuk mengeluarkan mangsa lain sedang dijalankan. 

Sebelum itu sekitar jam 7.30 petang semalam , penyambung susur keluar jambatan kedua Pulau Pinang runtuh mengakibatkan semua laluan keluar masuk di tutup kepada kenderaan.Baca Selanjutnya 

MMI.

2 comments:

  1. mohon pautkan blog saya disini..saya dah lama pautkan MMI disana :)

    http://daengselili.blogspot.com/

    ReplyDelete

Labels