Followers

Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Tuesday, 19 July 2016

Zalim Samakan Akta 355 Sebagai Hudud

Siang tadi sewaktu menjamah hidangan tengahari MMI kebetulan terdengar perbualan meja sebelah perihal Akta 355 yang sebelum ini telah mencetuskan fenomena tersendiri.

Fenomena yang MMI maksudkan itu adalah betapa pantasnya respon pihak-pihak bukan Islam terhadap cadangan penambahbaikkan akta tersebut seolah-olah dunia akan kiamat bagi mereka.

MMI yakin apa jua yang dilontarkan oleh mereka-mereka itu adalah disebabkan kedangkalan dan kejahilan mereka tentang agama Islam.Maka kerana itu sebahagian daripada kita haruslah segera berusaha untuk memberikan penerangan yang sebaik-baiknya agar mereka faham kedudukan sebenar.

Yang menjadi masalahnya apabila ada dikalangan orang-orang Melayu yang mengaku beragama Islam turut sama menjadi penyokong kepada penolakan mereka-mereka yang bukan bergama Islam terhadap penambahbaikkan Akta 355.

Terfikir MMI , apakah mereka-mereka ini tidak faham atau sudah terlalu jauh terpesong dengan kehidupan serba moden sehingga cadangan untuk memperkasakan undang-undang syariah itu dilihat sebagai sesuatu yang harus ditentang ?

MMI bukan alim ulama tetapi begitulah senarionya siang tadi di meja sebelah dan rasanya MMI perlu menggunakan medium ini untuk sekurang-kurangnya memberikan pencerahan kerana MMI yakin masih ada lagi mereka-mereka diluar sana yang masih keliru atau sengaja mengelirukan.

Pencerahan di bawah rasanya amat mudah untuk difahami dan MMI tujukan pencerahan ini khusus kepada mereka-mereka yang mengaku beragama Islam semoga pintu hati kalian terbuka dengan rahmat Allah SWT.

Ada pihak yang mendakwa bahawa Rang undang-undang persendirian yang diusulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 adalah untuk membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Dakwaan ini datangnya daripada banyak pihak termasuk ahli politik, ahli akademik dan termasuk juga Badan Peguam Malaysia. Ada ahli politik yang tidak dapat membezakan Akta 355 dan hudud bercakap dalam ceramah dan kenyataan mereka seolah-olah pindaan Akta 355 akan membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan. Suatu kenyataan yang mengelirukan dan tidak jujur. Istilah yang salah yang digunakan boleh mengelirukan orang Islam dan bukan Islam.

Pindaan akta ini bukan hudud.

Jenis-jenis jenayah hudud ialah kesalahan berzina (persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan) ; Qazaf (menuduh zina atau melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik) ; minum arak ; mencuri ; merompak dan murtad (riddah).

Hukuman yang ditetapkan bagi penzina yang belum berkahwin ialah dihukum sebat 100 kali sebatan syariah. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati. Bagi kesalahan Qazaf (menuduh zina), hukumannya ialah disebat 80 kali sebatan syariah. Manakala bagi kesalahan minum arak, hukumannya ialah disebat sebanyak 40 kali sebatan syariah. Bagi kesalahan mencuri, dihukum potong pergelangan tangan atau jari mengikut kadar barang yang dicuri.

Bagi kesalahan merompak, iaitu mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman, hukumannya bergantung kepada jenis rompakan. Sekiranya semasa rompakan melibatkan pembunuhan, maka hukumannya hendaklah dibunuh. Sekiranya hanya merompak sahaja, hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya. Sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara.

Bagi kesalahan keluar Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan, hukumannya ialah bunuh, setelah diberi tempoh bertaubat selama tiga hari atau tiga kal.

Hudud berbeza dengan Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) yang dicadangkan pindaan. Akta 355 tersebut ialah suatu akta peringkat persekutuan yang diluluskan oleh Parlimen dan ia berkuatkuasa seluruh negara. Akta 355 sejak tahun 1984 telah menghadkan bidangkuasa kerajaan negeri untuk meluluskan undang-undang berkaitan jenayah syariah.

Hukuman paling tinggi yang boleh dikenakan terhadap kesalahan jenayah syariah seperti berkhalwat, berzina atau bersekedudukan dan lain-lain adalah denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali atau kombinasi mana-mana hukuman itu. Mahkamah Syariah hanya dibenarkan menghukum dengan hukuman yang disebutkan sahaja, tidak boleh melampaui takat hukuman tersebut.

Pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 atau Akta 355, kalau berlaku pun, hanya akan mempertingkatkan bidangkuasa khususnya Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat daripada hukuman yang sedia ada sekarang, bukan bererti hendak membenarkan pelaksanaan hudud.

Menerusi pindaan akta berkenaan, hukuman zina hanya boleh dilaksanakan kepada penzina yang belum berkahwin sahaja, ialah dihukum sebat 100 kali sebatan syariah. Bagi penzina yang telah berkahwin, hukuman direjam menurut hukuman hudud masih tidak boleh dilaksanakan kerana hukuman rejam boleh membawa kepada kematian.

Bagi kesalahan qazaf, jika pindaan diluluskan, ia cuma pertambahan bilangan sebatan syariah daripada 6 kali yang sedia ada sekarang, kepada 80 kali sebatan. Begitu juga dengan kesalahan minum arak, cuma akan berlaku pertambahan bilangan sebatan kepada 40 kali sebatan.

Pindaan Akta 355 ini jika diluluskan hanya akan melibatkan kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam sahaja, iaitu orang Islam yang berzina, orang Islam yang minum arak. Hanya orang Islam sahaja yang akan dihukum sebat. Langsung tidak melibatkan bukan Islam. Kenapa mereka bukan Islam perlu cemas atau risau?

Orang Islam yang banyak berzina dan melahirkan anak luar nikah. Dari 1999 hingga 2003, daripada 70,430 kes, sebanyak 30,978 pendaftaran anak luar nikah membabitkan anak orang Islam. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi (12,836), diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439) dan Johor (8,920). Statistik Jabatan Pendaftaran Negara tahun 2007 mencatatkan sebanyak 16,100 pendaftaran anak luar nikah berbangsa Melayu, meningkat sebanyak 16,541 tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.

Kesalahan mencuri, rogol, merompak yang terkandung di bawah Kanun Keseksaan yang terpakai kepada semua yang berada di bumi Malaysia ini tidak akan dipinda. Jadi, tiada siapa yang akan kena potong tangan, samada orang Islam atau bukan Islam. Maka, orang Cina, India dan seluruh bukan Islam tidak perlu gundah gulana.

Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

MMI kata ringkasnya kenapa perlu bimbang kalau kita tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang disebut ?

Thursday, 15 August 2013

WAJIB BACA Mengapa 22 Ogos 2013 PENTING Untuk Umat ISLAM !!


Makluman penting dan terkini: Kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya

22.08.2013 merupakan tarikh yang penting bagi umat Islam di Malaysia. Pada tarikh tersebut, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah menetapkan pendengaran notis permohonan pihak Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (“The Church”) untuk membatalkan rayuan (striking out the appeal) pihak Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan serta perayu-perayu lain berhubung larangan penggunaan nama suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.

Rayuan pihak Kerajaan adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah pada 31.12.2009 yang membenarkan pihak The Church untuk menggunakan nama Allah sebagai terjemahan istilah ‘God’ di dalam penerbitan berbahasa Melayu agama Kristian. Sekiranya permohonan The Church tersebut dibenarkan, ini bermakna pihak Kerajaan sebagai perayu tidak boleh meneruskan rayuan substantif di peringkat Mahkamah Rayuan yang telah ditetapkan pada 10.09.2013.

Notis Permohonan The Church tersebut  juga pada hakikatnya bertujuan menghalang perayu-perayu lain dari meneruskan rayuan substantif mereka. Pada 23.05.2013, permohonan mencelah (interveners’ application) para perayu yang terdiri daripada 6 Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), telah dibenarkan di dalam tindakan kes ini. Jelas ini merupakan ujian besar terhadap kedudukan Majlis-majlis Agama Islam Negeri dalam melaksanakan kuasa Yang DiPertuan Agong dan Sultan Negeri-negeri sebagai Ketua Agama Islam. Natijah sekiranya permohonan The Church dibenarkan, maka peranan Majlis-majlis Agama Islam Negeri terhakis dan akhirnya diketepikan; Majlis-majlis Agama Islam Negeri akan wujud pada namanya yang gah tetapi tiada makna dan tidak relevan lagi untuk menjaga kepentingan Islam dan umat Islam di Negara ini.

Secara ringkasnya, perkara pokok yang menjadi asas sandaran pada Notis Permohonan The Church adalah seperti yang terkandung di dalam afidavit Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Xavier A/L Pakiam yang diikrarkan pada 08.07.2013. Antara lain, The Church telah membangkitkan perihal surat yang ditandatangani YAB Perdana Menteri  bertarikh 11.04.2011 kepada Bishop Ng Moon Hing, Pengerusi Christian Federation of Malaysia (CFM) pada masa itu, yang merangkumi satu “Ten Point Solution” yang diumumkan pihak Kerajaan pada 02.04.2011 berikutan satu keputusan kolektif kabinet yang dianggap sebagai formula penyelesaian isu penerbitan dan pengedaran bible berbahasa Malaysia/ Indonesia. Pihak The Church telah beranggapan bahawa “Ten Point Solution” tersebut memberikan kebenaran secara langsung terhadap penggunaan nama suci Allah bagi golongan penganut Kristian. 

Justeru adalah sangat penting bagi umat Islam untuk mengambil perhatian tentang Notis Permohonan The Church ini.

Sehubungan dengan itu, umat Islam diseru untuk merebut keberkatan hari-hari terakhir bulan Ramadhan ini dalam memperkasa munajat mereka dan memohon petunjuk dan pertolongan Allah SWT untuk memenangkan umat Islam di dalam rayuan ini. Ramai di kalangan pemimpin parti-parti politik yang menjadikan isu-isu seumpama penyalahgunaan nama suci Allah ini sebagai alat meraih sokongan politik sempit dan jangka pendek semata- mata. Ini terbukti jelas pada sikap dan pendirian mereka selepas PRU-13. Akibatnya, umat Islam tidak boleh menyandarkan harapan tinggi kepada pemimpin Muslim dari parti-parti politik semata-mata, sebaliknya wajib bekerja secara bijaksana bagi membantu pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) mempertahankan kesucian Islam di negara yang kita cintai ini.

Menyedari hakikat-hakikat ini, adalah disarankan agar umat Islam:

Mengoptimumkan ibadah pada hari-hari terakhir di bulan Ramadhan ini, termasuk melakukan solat hajat dan qunut nazilah serta bermunajat untuk turut memohon bantuan Allah SWT menghancurkan musuh-musuh yang menentang Islam melalui saluran-saluran seumpama kes di Mahkamah sivil ini.

Menghadiri secara beramai-ramai ke pendengaran Notis Permohonan The Church di Mahkamah Rayuan, Putrajaya, pada 22.08. 2013 melalui koordinasi NGI-NGI, untuk menzahirkan kepekaan dan keprihatinan mereka serta memberikan sokongan moral kepada pasukan peguam yang mewakili perayu-perayu.

Memperkasa kerjasama dengan para ulama dan ilmuwan, serta menggesa pemimpin Muslim untuk bersatu di dalam menentang tuntutan penggunaan nama suci Allah oleh penganut kristian, yang mensasarkan tujuan mereka untuk mengelirukan umat Islam dan seterusnya menyebarkan dakyah menyeleweng mereka sebagaimana yang telah dilakukan di negara-negara majoriti umat Islam lain seperti Bangladesh dan Indonesia.

Menghantar mesej yang jelas kepada para pemimpin Muslim dari kalangan parti-parti politik agar lebih bertegas di dalam hal-hal berkaitan kedudukan Islam di negara kita. Kebanyakan para pemimpin ini masih lagi berfahaman sekular yang percaya bahawa Islam di Malaysia sekadar berfungsi tidak lebih dari sebagai agama rasmi.Kelemahan ini sangat ketara khususnya ketika kegagalan para ahli parlimen Muslim mempamerkan kesungguhan, apatah lagi kesepakatan mereka di dalam mempertahankan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) 2013 baru-baru ini yang telah terpaksa ditarik balik disebabkan kelemahan mereka berhujah dan tunduk pada tekanan-tekanan kumpulan minoriti yang berfahaman hak asasi manusia dan liberal sekular.

Di kala ramai di kalangan pemimpin Muslim di kalangan parti-parti politik, merubah-rubah pendirian masing-masing mengikut selera kepentingan kepartaian serta kedangkalan ilmu mereka, para pemimpin NGI yang sedar akan cabaran yang melingkari isu ini adalah di kalangan mereka yang tetap bertegas untuk mempertahankan hak yang melibatkan keutuhan aqidah umat Islam.

Hak ini bukanlah semata-mata isu merebut penggunaan nama Allah yang suci, tetapi lebih dari itu merupakan usaha berterusan agenda jahat musuh Islam menghakis kesucian Islam dari kedudukannya sebagai agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT, dan sejak berzaman diletakkan pada tempat yang istimewa, termasuklah sebagai agama Negara sebagaimana termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Seperti biasa, melalui suara-suara sinikal daripada kalangan pemimpin dan intelektual Muslim liberal, umat Islam akan dilabel dan dimomokkan sebagai bermentaliti tertawan (siege mentality), mendiskriminasi, tidak rasional dan sifar toleran setiap kali mengambil inisiatif-inisiatif untuk mempertahankan kedaulatan Islam serta institusi-institusinya.

Umat Islam akan dilabel secara sinikal, sebagai tidak menepati “standard dan prinsip sejagat hak asasi manusia” apabila menegaskan hak beragama mereka yang sedia wujud. Tetapi bagi para pemimpin NGI, tohmahan-tohmahan serta stereotaip seumpama ini akan terus melakar deras di sepanjang zaman oleh musuh-musuh yang tidak redha dengan agama Ilahi, sama ada umat Islam bertindak ataupun berdiam diri terhadap agenda jahat mereka yang bencikan agama ini.

NGI-NGI diseru untuk terus mempertahankan Islam dengan menurut kerangka undang-undang serta hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menjunjung Shari’ah dan sumber-sumber muktabar perundangan Islam, dengan melangkaui batas politik, serta sebarang kepentingan individu dan sifat oportunistik.

Penulis merupakan naib presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Saudara Azril Mohd Amin 



Dalam masa yang sama suka untuk MMI ingatkan pada semua kita perlu segera mengembleng tenaga untuk memastikan ISLAM tidak di perlakukan sewenang-wenangnya memandangkan keadaan pada masa kini semakin bahaya.

MMI

BAHAYA Menyembah Jesus Dalam Masjid AGENDA Evangelis


Umat Islam di Tanah Air digemparkan dengan laporan pelbagai media yang menyiarkan gambar penganut agama Buddha mengerjakan upacara keagamaan mereka di sebuah surau dalam sebuah taman peranginan di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Namun, puak evangelis Kristian telah lebih jauh merancang untuk penganut Kristian melakukan penyembahan kepada Jesus mereka di dalam masjid. Ini tidak mereka sembunyikan. Ini telah dilaporkan dalam majalah utama mereka awal tahun ini. Mereka juga telah pun menguar-uarkan antara lain turut membolehkan orang-orang Kristian meniru solat orang Islam sebagai salah satu strategi menarik orang-orang Islam untuk murtad.


Untuk itu satu Wacana Agenda Kristian yang akan diadakan pada hari Sabtu 17hb Ogos 2013 nanti antara lain akan mendedahkan pelbagai tipu muslihat para evangelis pendakyah Kristian untuk memujuk orang-orang Islam terutama orang-orang Melayu di Tanah Air kita untuk murtad meninggalkan agama Islam.

Program anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) akan diadakan seperti berikut.



Apakah mereka kini sudah melakukan upacara baptis untuk orang-orang Melayu yang murtad atas nama ALLAH ?

Wacana ini akan mendedahkan pelbagai penipuan tersebut dari sumber bahan-bahan Kristian sendiri yang tersimpan dalam peti-peti besi mereka dan juga yang dari dokumen-dokumen sejarah serta dari pelbagai bahan bacaan yang boleh kita sebagai orang awam aksesnya dengan mudah.

Dalam masa yang sama pasti ramai yang bertanya kenapa perlunya dibuat Wacana Agenda Kristian Sedunia di waktu umat Islam di Malaysia masih sibuk berhari Raya dan ada yang masih belum sempat pulang dari kampung.

Dan di bulan Syawal ini pula terdapat banyak jemputan rumah terbuka Hari Raya. Mengapakah penganjur tidak memilih tarikh lain?

Sebenarnya umat Islam di Tanah Air ini perlu ingat bahawa 22hb Ogos terdapat pendengaran notis perbicaraan kes di Mahkamah Rayuan berhubung rayuan kes kalimah Allah. Pendengaran kes pada hari tersebut amat penting dan kritikal. Ianya merupakan pendengaran notis batal rayuan oleh pihak gereja terhadap rayuan kerajaan, jabatan-jabatan agama Islam negeri serta MACMA.

Jika pada 22hb Ogos (Khamis), Mahkamah Rayuan yang  mendengar notis tersebut bersetuju untuk membatalkan rayuan umat Islam maka secara automatik rayuan penuh kes ini yang akan bermula pada 10hb September gugur dengan sendirinya.

Maka habislah maruah umat Islam di Tanah Air ini dan keputusan kes kalimah Allah yang dibuat pada 31 Dis 2009 akan berkuatkuasa dengan membenarkan pihak gereja bebas mengguna kalimah Allah.

Oleh yang demikian MMI bersetuju dengan PEMBELA dan MAIM untuk menyeru seluruh umat Islam untuk memberi perhatian serta sokongan untuk sama-sama hadir sesi taklimat khas dalam Wacana Agenda Kristian Sedunia pada 17hb Ogos (Sabtu) di Dewan Muktamar Pusat Islam nanti.

Nantikan artikel seterusnya berkenaan kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan , Putrajaya.



MMI

Kalau Bukan Kita Siapa Lagi ??


































MMI

Wednesday, 7 August 2013

Apa Yang Menarik Tentang Wanita Yang Baru Selesai Shopping Ni ?!!


Semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri besok dan sudah semestinya mereka yang paling sibuk selalunya adalah orang perempuan.Maklumlah dari bab membeli belah sampailah ke dapur semuanya menjadi tanggungjawab mereka walaupun ianya bukanlah satu tanggungjawab khusus.

Untuk itu MMI ingin berpesan kepada semua kat luar sana dalam kesibukan membeli belah atau apa sahaja yang berkaitan dengan sibuk maka ingatlah dalam diri tentang maksud SABAR.

Kerana kesabaran itu cukup penting apatah lagi kita sebagai orang Islam.

Jangan jadi macam video kat bawah ni ..


MMI

Tuesday, 6 August 2013

Siapa Lelaki Bernama Faisal Hamdi ??


Jika melihat kepada gambar di atas sudah tentu ada diantara kita akan menyangka lelaki itu antara ribuan Mujahidin yang selalunya mengangkat senjata memerangi puak-puak pengganas atau mereka-mereka yang menyerang serta membunuh orang-orang Islam di sebelah Timur Tengah.

Dalam beberapa kejadian sebelum ini seperti mujahidin di Afghanistan berperang dengan tentera Rusia , Bosnia berperang dengan puak-puak Serb dan banyak lagi menjadikan fikiran kita lebih terarah kepada perjuangan sedemikian.

Namun lelaki bernama Faisal Hamdi dalam gambar diatas merupakan warganegara Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam yang kini berada di Syria bersama-sama dengan (FSA) Free Syrian Army.

Terdapat laporan yang menyatakan beliau telah terlibat secara langsung dengan pasukan FSA sebagai pejuang mujahidin yang kini berperang menentang rejim zalim Syiah Nusairiah LaknatuLlah Basyar Assad.

Tetapi MMI kurang pasti dengan berita dan laporan sedemikian kerana berdasarkan sumber dan rujukan melalui akaun facebook milik beliau , Faisal Hamdi sebenarnya adalah salah seorang anggota kumpulan team kemanusiaan dari Malaysia yang ditugaskan memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat serta pelarian perang di Syria yang terpaksa menderita akibat peperangan yang meletus.

Malah Faisal juga sebenarnya sedang membuat liputan di ground zero bersama FSA dan sedang menyiapkan dokumentari tentang Syria yang akan di terbitkan nanti.

Berikut adalah catatannya yang MMI rasa perlu di kongsi dengan semua...


DOKTOR & VIDEOGRAPHER 

2 profession yang sangat diburu oleh tentera Basyar berbanding mujahidin adalah para doktor perubatan dan para jurukamera. 

Doktor diburu kerana tugas mereka yang merawat para mujahidin yang cedera bertempur. Bagi regim, adalah lebih baik menghapuskan si perawat cedera kerana sesudah dirawat dan sembuh, mujahidin akan kembali ke medan perang. Maka sifir mereka dengan menghapuskan para pegawai perubatan, maka akan berkuranganlah jumlah mujahidin yang sembuh dan bangkit kembali menentang mereka.

Jurukamera diburu pula kerana merekalah yang bakal membawa berita-berita sebenar keadaan dan situasi Syria keluar dari Syria yang akan membuka mata masyarakat antarabangsa. Salah satu video pertempuran yang sempat dikongsikan kepada saya dan fotographer Syahid Öblind Rosley betapa tentera regim mengalihkan tumpuan tembakan mereka daripada dihalakan kearah mujahidin kepada jurukamera sebaik sahaja mereka menyedari kehadirannya di medan pertempuran tersebut.

Doktor yang berkacamata disebelah kiri saya itu berasal dari Yaman. Beliau menggadaikan kerjayanya di Yaman dan London sebagai doktor dan juga pensyarah perubatan semata-mata untuk menyelamatkan nyawa-nyawa yang tak berdosa di Syria. Bila ditanya apakah motivasinya? Lalu dijawab "Tiada lain melainkan Islam. Mereka disini adalah saudaraku. Islam yang menyatukan aku dengan mereka"

Betapa peperangan itu sesuatu yang gila. Hanya yang gila sanggup meredahinya.

p/s: lantai hospital ini masih basah dengan darah..

Walaupun Faisal di lihat seperti penyokong pembangkang melalui info-info di akaun facebooknya , MMI rasa pengalaman dan catatannya itu perlu MMI kongsikan kerana ianya melibatkan saudara seagama dengan kita yang kini berada di tengah-tengah konflik Syria.

Semoga catatan dan laporannya dapat menginsafkan kita orang-orang Melayu di Malaysia supaya bersatu atas nama ISLAM.


MMI

Sunday, 4 August 2013

Jom Ambik Tau Sikit !!!


Jangan pula ampa kata MMI merapu sebab letak gambar badak air ni , sebenarnya ada cerita yang MMI nak kongsi dengan semua.Kepada yang dah tau tu kira "refresh" lah sebab benda-benda macam ni kita kena pastikan orang tahu.

Oklah citanya "simple" ja mengikut kajian badak air seperti gambar kata atas sana tu walaupun di lihat macam spesis malas yang asyik berendam ja kerja dia , dah tu dengan badan besar bukan main mampu berlari lebih laju dari manusia.

Hah !! Jangan terkejut pula bro .. Ini cerita mengikut kajian mereka-mereka yang arif lah.

Tak percaya ka ? Percaya ja lah kalau tak mau juga ampa cari sendiri kat "google" kihkih..

Amacam brader nak test ka ??

Ada lagi bro mengikut cerita singa kalau dia mengaum boleh menjangkau 3 kilometer .. Tu dia lagi dasat hihihi tapi MMI nak pesan ampa jangan pula besok pakat-pakat pi cari singa nak buat "test" pula , hanya yang pakar ja tau macam mana nak "test" dia.

Ampa semua jangan marah na .. Tapi ada lagi satu yang rasanya perlu MMI ingatkan , ini berkenaan manusia pula dan berlaku di Malaysia.

Ada sorang lelaki ni dia cakap apa pun walaupun terang-terang menipu ada orang boleh percaya !! Betoi gang tak percaya cuba ampa chek tengok...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

MMI

Tuesday, 30 July 2013

Siasat Di Bawah Akta Hasutan !! @Nohomar


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini melawat SK Seri Pristana berikutan isu makan dalam tandas yang cuba di politikkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab di luar sana sehinggakan hampir menimbulkan ketegangan antara kaum.

Noh berkata, isu di SK Seri Pristana sudah selesai dan tidak ada isu perkauman. Tindakan PIBG dan sekolah adalah betul.

Ikhtibarnya , inilah kesan media sosial mudah pengaruhi rakyat dan mudah mendapat perhatian masyarakat oleh itu guru-guru perlu berhati-hati.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu meminta Jabatan Pendidikan Negeri tidak mengambil tindakan terhadap guru besar kerana telah bertugas dengan baik.


Noh berkata ibu bapa yang memuat naik gambar di laman media sosial sebelum ini baru seminggu menghantar anaknya ke sekolah tersebut tanpa mengetahui sejarah sekolah menyebabkan ia menjadi isu sensitif sedangkan sejak Mac bilik berkenaan telah digunakan oleh semua kaum.

Beliau berkata guru besar mendapat ugutan bunuh kerana isu yang diputar belit.

Selain dari itu beliau turut menyatakan ibu bapa berkenaan perlu meminta maaf kerana membuat tuduhan palsu hingga menimbul kekecohan seluruh negara.

Dalam masa yang sama meminta polis mengambil tindakan terhadap mereka yang mencetuskan isu ini.Beliau akan tulis surat supaya tindakan tegas diambil.Menurutnya , ibu bapa terbabit perlu disiasat mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim turut memberi sumbangan RM10,000 bagi memperbesarkan kantin.

Irmohizam turut menyeru ibu bapa di kawasan parlimennya supaya bekerjasama dengan pihak sekolah dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan pada masa yang sama memberi didikan baik kepada modal insan iaittu murid-murid.

Menurut Irmohizam, isu-isu pendidikan tidak harus dipolitikkan sehingga menyebabkan sistem pendidikan di negara ini tidak mendapat kepercayaan di kalangan ibu bapa.

Lebih buruk lagi kata Irmohizam, apabila media asing turut melaporkan dari sudut yang salah sehingga menampakkan sistem pendidikan di negara ini lemah dan tidak berkualiti.sumber 

Terbaiklah Datuk , MMI puas hati dengan apa yang di lakukan bukan sahaja melawat sekolah berkenaan tetapi turut mengambil kira perkara-perkara yang perlukan pembelaan bukan melenting macam P.Kamalanthan tu...Harap jawatan timbalan menteri ja belajar dulu baru bercakap la bro !!!

MMI

Monday, 29 July 2013

Makan Dalam Tandas ~ Keadaan Semakin Tenang Guru Besar Kembali Bertugas @PKamalanathan


Nampaknya isu makan dalam tandas yang di perbesar-besarkan oleh banyak pihak kini semakin tenang malah Guru Besar yang bercuti selama seminggu akan kembali bertugas.

Guru besar SK Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor dijangka melapor diri untuk bertugas semula selepas diarah mengambil cuti seminggu berikutan kontroversi 'makan di bilik mandi'

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Saujana Utama, Major Hardeep Singh, berkata tiada keputusan untuk memindah Nazir ke sekolah lain kerana ia hanya akan memanjangkan kontroversi itu.

"Guru besar akan kembali pada Selasa dan tiada laporan setakat yang kita tahu, Nasir dipindah. Tidak ada. Jadi, kita anggap beliau akan datang sekolah pada Selasa ini," katanya.

Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff turut mengesahkan Nasir kembali ke sekolah berkenaan tetapi tidak pasti sama ada wujud kemungkinan guru besar itu ditukar sekolah.

"Suasana di sekolah juga semakin tenang dan kita harap ia berlanjutan begitu," katanya yang merancang mengadakan dialog bersama keluarga murid bagi mengatasi kontroversi 'makan di bilik mandi'.

"Kita tidak mahu kontroversi. Lantaran kontroversi kian kendur, kita mahu memastikan semua isu selesai," katanya.

Sekiranya ada niat untuk menyelesaikan isu ini maka jangan sesekali mengambil sebarang tindakan terhadap Guru Besar terbabit kerana beliau tidak bersalah.

Kepada P Kamalanathan , sebagai Timbalan Menteri yang berkenaan lepas ni jangan dok buat kalut sangat lah.Kalau nak buat kenyataan pun study la sikit jangan jadi serupa puak pembangkang main tibai ja.

Tukang kebun pun lagi pandai rasanya...

MMI

Sunday, 28 July 2013

Ibarat Tarik Rambut Dalam Tepung ~ Masih Boleh Pakai Lagi Ka Istilah Ni ??

Gambar Hiasan
Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh Tun Mahathir pada satu ketika dulu kini dan semakin hampir.Hanya 7 tahun sahaja yang memisahkan kita dengan hari bersejarah yang bakal menjadi kenangan buat semua rakyat Malaysia.MMI sendiri tidak pasti apakah yang bakal berlaku pada hari tersebut cumanya menjadi harapan untuk melihat seluruh rakyat mampu tersenyum dan bersyukur dengan apa yang kita nikmati hari ini.

Untuk makluman Wawasan 2020 merupakan satu konsep yang telah di bentangkan oleh Tun Mahathir yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia di Mesyuarat Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 FEBRUARI 1991.

Tun Mahathir pada ketika itu menegaskan bahawa matlamat pembangunan negara ialah menjadikan Malaysia sebagai sebauh negara industri dan pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 menurut ACUAN kita sendiri.

Kemajuan yang di maksudkan meliputi aspek EKONOMI , POLITIK , SOSIAL , KEROHANIAN dan SEKTOR KEBUDAYAAN.


Dalam masa yang sama banyak pihak pernah mempersoalkan mengapa 2020 dan bukannya tahun-tahun lain ? Mengapa 2020 ?
~Pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan dan persaingan yang pesat (30 tahun)
~Satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia (Berjaya/tidak dalam pembangunan perindustrian)
~Bersama dalam "Megatrend" (Di tentukan oleh pembangunan sains , teknologi dan komunikasi)
~Jangka masa yang munasabah dan praktikal (Berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah di capai)
Dalam masa yang sama terdapat 9 cabaran untuk merealisasikan apa yang dipanggil Wawasan 2020 dan ianya seperti berikut..

(i)  Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

(ii)  Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii)  Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv)  Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

(v)  Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi)  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii)  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii)  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix)  Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,  dinamik, giat dan kental.

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia , politik dan lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan "framework of action" bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan kaedah sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

Persoalannya selama Malaysia mengorak langkah menuju Wawasan 2020 yang hanya berbaki 7 tahun dari sekarang , apakah kita benar-benar berada di landasan yang terbaik untuk mendepani apa yang telah kita rancang sejak 23 tahun yang lalu ?

Banyak perkara yang sebenarnya telah terhasil daripada misi yang di cetuskan melalui Wawasan 2020 ini namun jangan sesekali menidakkan suasana atau geopolitik negara yang kini agak membimbangkan.

Pelbagai cara dan tindakan yang jauh sekali menyimpang daripada misi Wawasan 2020 ini semakin mengisi tempat dan ruang yang sebenarnya di sediakan sendiri oleh kita.Contohnya isu melibatkan penghinaan agama dan isu perkauman yang semakin menjadi-jadi.

Malah himpunan oleh mereka yang kononnya berdiri atas nama rakyat seolah-olah seperti melihat slot drama minggu ini di kaca televisyen.Ada sahaja gerakan-gerakan seperti ini di lakukan oleh mereka yang sebenarnya cuba untuk memusnahkan apa yang telah kita rancang.

Jangan lupa dalam beberapa keadaan NGO cauvinis jauh lebih berani malah boleh pula memberikan kata dua kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama kerajaan di lihat lebih kepada mengikut.

Natijahnya kita berdepan dengan pelbagai cabaran yang selalunya akan berakhir dengan kita mengalah dan sudah berlaku insiden Guru Besar di rehatkan sebelum menantikan tindakan hanya kerana isu yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pesanan MMI , walaupun kita mahu memperlihatkan sikap bertoleransi dengan mereka-mereka di luar sana tetapi ada masa dan ketikanya kita perlu pertahankan prinsip dan dasar kita khususnya untuk berdepan dengan perjalanan yang berbaki lagi 7 tahun.

Memetik kenyataan daripada Prof Madya dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah melalui blognya beliau menulis , Jika kita terus bermain tarik tali, sampai bila-bilapun negara ini akan terus bermasalah, sedangkan orang lain telah jauh meninggalkan kita. Kita pula tidak habis-habis membuang masa dan tenaga serta harta benda, memikirkan untuk menyelesaikan perkara yang sepatutnya telah selesai sekian lama, tanpa perlu dibicarakan lagi. Berdaulatkah kerajaan kita sebenarnya? Baca Selanjutnya 

Dalam masa yang sama masih terngiang-ngiang ungkapan seorang pemimpin dari kalangan mereka yang sebangsa dengan MMI , ada ketikanya kita perlu selesaikan masalah seperti mana ungkapan "IBARAT TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG , RAMBUT TAK PUTUS TEPUNG TAK BERSELERAK" soalnya masih boleh pakai lagi ka ungkapan tu ????

Psst berselerak banyak sangat dah , rambut tak tarik-tarik juga !!


MMI

Wednesday, 24 July 2013

Isu MAKAN DI TANDAS Di SK Seri Pristana SELESAI !!!


Nampaknya ada setengah puak semakin galak untuk mempolitikkan isu pelajar bukan Islam yang makan dalam tandas sampaikan dah ke tahap nak kaitkan dengan isu perkauman.Inilah masalahnya apabila kita terlalu cepat melatah dan lagi apabila ada pihak setengahnya melihat kepada keuntungan politik semata-mata.

Seperti semua sedia maklum isu tersebut menjadi panas apabila beberapa keping gambar pelajar-pelajar berbangsa India makan di bilik persalinan atau tandas mula di sebarkan di media sosial.

MMI pun di antara mereka yang panas telinga kerana sebagai manusia normal kita sudah semestinya tidak dapat menerima keadaan sebegitu di perlakukan kepada anak-anak pelajar walaupun mereka berbeza bangsa dan agama dengan kita.

Baca juga di SINI 

Namun apa yang cuba di lakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu di anggap SELESAI apabila gambar di atas mula di sebarkan di media sosial.Melihat kepada gambar di atas maka jelas sekali mereka-mereka itu merupakan bangsa Melayu dan beragama Islam.

Maklumat daripada sumber menyatakan bilik yang sama juga digunakan oleh orang Islam untuk berbuka puasa.

Kepada semua pihak ingin MMI tegaskan jika di bandingkan tahap hina atau ketidakwajaran dalam kita menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai bilik makanan sementara maka sudah semestinya orang Islam lebih teruk di hina apabila berbuka puasa di situ.

Bukan tujuan nak memperlekehkan sesiapa atau menghina mana-mana kaum atau agama tetapi jika di bandingkan dengan isu pelajar-pelajar India dan orang Islam berbuka puasa di bilik yang sama , maka sudah tentu ianya satu penghinaan yang jauh lebih teruk di lakukan kepada orang Islam kerana ianya melibatkan rukun Islam.

Namun gambar diatas menyelesaikan segala-galanya maka terimalah kenyataan bahawa bilik persalinan tersebut tidak pernah di jadikan sebagai tandas dan ianya telah pun di ubahsuai untuk di jadikan bilik makan sementara.

Hanya mereka yang mempunyai niat untuk kepentingan politik sahaja akan terus-terusan menjadikan isu ini sebagai bahan untuk menghentam kerana selain dari itu ianya DI ANGGAP SELESAI !!

Dan kepada Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan , diharapkan agar beliau tidak cepat melenting membuat kenyataan :

"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

YB, orang Islam pun guna bilik persalinan itu !! sumber 

MMI

Tuesday, 23 July 2013

TERKINI PEMBETULAN Fakta FITNAH Pelajar Makan Dalam Tandas !


Kecoh sejak tengahari tadi apabila gambar ini mula tersebar.Cerita dia macam ni Sekolah Kebangsaan Seri Pristina Sungai Buloh di laporkan telah mengarahkan murid-murid bukan Islam yang majoriti berketurunan India makan di dalam bilik persalinan dalam bulan puasa.

Jadi mungkin kerana tak ada tempat yang bersesuaian maka bilik persalinan atau tandas di gunakan.

Berikut merupakan pembetulan fakta merujuk kepada isu di atas..

Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR. 

Berita itu kini tersebar secara meluas di media sosial.

Saya ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30 minit tadi.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.


"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.


Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.


"Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu," pinta saya.

Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.

Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.

Bukankah molek JIKA blogger Amenoworld terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit. Alhamdulillah, saya telah menghubungi pihak berkaitan sebelum memaparkan entri ini.

Bilik air dan bilik persalinan, berbeza.sumber tunfaisal.blogspot.com


Dalam masa yang sama Timbalan Menteri Pelajaran, P Kamalanathan dalam kenyataan petang ini menyebut, beliau meminta sekolah berkenaan untuk memindahkan kawasan makan sementara itu. 

"Tindakan itu sedang dijalankan pada masa ini," katanya lagi di Facebook. 

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak sekolah tidak sepatutnya memindah kawasan makan ke tandas.

Katanya, jika kantin berkenaan ditutup untuk proses naik taraf, satu kawasan yang lebih sesuai perlu dikenal pasti untuk dijadikan ruang makan.

"Ini bukan tindakan yang betul. Sekolah sepatutnya melantik satu pengendali kantin sementara untuk menjalankan operasi semasa Ramadan," katanya lagi. 

Siasatan ke atas kes berkenaan kini sedang berjalan untuk mengenal pasti jika sekolah itu tidak harus dikenakan tindakan, katanya.Baca Selanjutnya 

MMI

Monday, 22 July 2013

4 Di GUGURKAN Dari Miss World Malaysia Celupaq Sungguh Minah2 Ni !!!


Cantikkan 4 orang cewek kat atas tu ? Mereka berempat merupakan peserta pertandingan ratu cantik yang telah di gugurkan dari menyertai pertandingan tersebut kerana orang Islam di larang menyertai pertandingan seperti ini.

Apa yang membuatkan MMI mahu menulis tentang isu 4 cewek yang di gugurkan ini adalah kerana tindakan segelintir orang Melayu yang mengaku Islam kadang-kalanya boleh membuatkan kita sakit hati.

Sakit hati bukan kerana 4 cewek di atas terpilih menjadi peserta akhir Miss World tetapi sakit hati kerana kedangkalan mereka yang cukup memalukan.


Untuk makluman DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu.

Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.

Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.

Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.

Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992.

Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.

“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.

“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.sumber 

Difahamkan kini 4 finalis beragama Islam itu telah dibatalkan penyertaan setelah Dato’Anna Lim, penganjur Miss Malaysia World 2013 memutuskan untuk mematuhi garis panduan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, “Perempuan Islam tidak dibenarkan berada di dalam pertandingan ratu cantik”.

MMI tak nak menyentuh tentang soal hukum kerana semua pihak sedia maklum cumanya MMI nak bagitahu orang bukan Islam khususnya penganjur pertandingan ini pun tahu hormat kepada agama Islam jika nak di bandingkan dengan 2 minah celupaq tu.

Apa pun tahniah kepada Mufti Wilayah Persekutuan dan terima kasih kepada Dato' Anna Lim kerana faham dan menghormati garis panduan yang telah di tetapkan.

Psst hati-hati pilih pasangan jangan sampai kena tipu dengan luarannya !!

MMI

Thursday, 18 July 2013

Buka Puasa Dengan Nasi Kandar TERBAIK Untuk Yang Benar-Benar TAHAN !! WHY ??


Sebut saja nasi kandar maka pasti Pulau Pinang merupakan hub untuk menu terbaik ini kihkih hub tu !! MMI antara ribuan peminat nasi kandar ni namun taklah sampai hari-hari bedal menu ni cumanya entri kali ini bakal mendedahkan tentang segelintir peniaga nasi kandar yang tidak mementingkan kebersihan dalan menjalankan perniagaan mereka.

BAYAN LEPAS - Selamba saja si tukang masak sebuah restoran nasi kandar di sini memakai singlet serta berkain pelekat yang diikat tinggi, sambil memasak lauk pauk untuk dijual kepada pelanggan.

Tepung yang digunakan untuk membuat roti canai dan pelbagai jenis roti lain pula hanya diletakkan di sebelah tandas sahaja.

Bukan itu saja, si tukang masak yang juga dipercayai pemilik restoran berkenaan mengejutkan pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ketika membuka peti sejuk tempat menyimpan bahan mentah.

Di dalam peti tersebut didapati kuah kari meleleh di segenap ruang dalam peti sejuk yang terdapat di dalam restoran yang terletak di kawasan Bayan Lepas itu.

Operasi mengejut yang bermula seawal jam 8.30 pagi semalam turut mendapati darah haiwan bertakung di atas lantai di bahagian dapur belakang.

Selamba saja si tukang masak bersinglet dan berkain pelekat diikat tinggi ini menyediakan bahan masakannya di tepi tandas dengan pintu terbuka

Sudah tumbuh akar, begitulah rupa kacang dal yang disimpan dalam peti sejuk sebuah restoran nasi kandar

Tidak basuh sebelum masak

Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamed kemudiannya bertanya kehairanan bagaimana telur yang dimasak untuk pelanggan dipecahkan dalam keadaan yang mengotorkan.

“Saya tahu telur-telur ini memang tidak basuh kerana lihatlah bagaimana keadaan kamu gunakannya, kamu basuh atau tidak?,” katanya.

Kemudian selamba sahaja lelaki yang penuh dengan jambang itu mengaku kepada penguat kuasa telur ayam yang dimasaknya langsung tidak dibasuh sebelum dimasak.

Ketika ditegur supaya mencuci peti sejuk, lelaki berkenaan dengan nada ceria menjawab, ‘hari-hari saya cuci encik’.

Jawapannya hanya disambut dengan senyuman daripada anggota penguat kuasa sedangkan kacang dal yang berada di dalam peti sejuk sudah mula tumbuh akar.

Pemeriksaan kebersihan itu kemudiannya beralih ke sebuah lagi restoran nasi kandar yang terletak di hadapan lokasi restoran yang sama.

Pegawai kesihatan mengesan lipas yang begitu banyak dalam stok tepung dan gula di sebuah premis nasi kandar.
Ketika melangkah ke satu ruangan yang dipenuhi bekalan tepung dan gula dalam restoran itu, didapati lipas dan pelbagai jenis serangga memenuhi kawasan tersebut.

Akibatnya, kedua-dua restoran berkenaan diarahkan tutup oleh JKNPP selama dua minggu.

Operasi setiap bulan

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi hampir tujuh jam itu mengakibatkan 22 premis makanan ditutup di seluruh Pulau Pinang.

Menurutnya, sebanyak 34 premis diperiksa dan hampir 50 peratus daripadanya melibatkan kedai nasi kandar.

“Kesemua premis yang ditutup mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, sekiranya didapati bersalah, pemilik premis boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Sekiranya dalam tempoh dua minggu ada antara pemilik premis yang berdegil, kami tidak akan teragak-agak dan akan mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya.

Operasi yang turut melibatkan Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan pejabat Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu turut mengeluarkan sebanyak 57 kompaun dan enam notis amaran dari KPDNKK.

Bermula Januari 2013 hingga Julai ini, sebanyak 96 premis ditutup atas kesalahan terlalu kotor di seluruh negeri ini sementara 3,288 telahpun diperiksa. Ku Nafishah berkata, pihaknya akan menjalankan risikan selama lima hari untuk melihat premis yang mana perlu diperiksa.

“JKNPP kami akan menjalankan operasi kebersihan ini setiap bulan sehinggalah memastikan premis makanan di Pulau Pinang mencatat tahap kebersihan yang sepatutnya,” katanya.sumber 

Macam yang MMI kata tadi hanya yang benar-benar tahan saja boleh berdepan dengan masakan yang semacam ini..Huhuhu tapi jangan risau banyak pilihan nasi kandar di Pulau Pinang sekarang yang penting buatlah pilihan dan cari yang benar-benar bersih.

Lagi menarik kalau ada kenalan di Pulau Pinang minta mereka tolong rekomen atau tunjukkan di mana kedai terbaik pasti ampa semua tak akan kecewa....

MMI

Labels