Followers

Saturday 31 August 2013

Gua Simpati Bro !!


Kenyataan saudara Irwan Fahmi ketua pemuda PERKASA sebelum ni yang meminta Datuk Seri Najib meletakkan jawatan telah mendapat pelbagai reaksi banyak pihak.MMI yang turut menulis tentang isu tersebut beserta dengan kenyatan daripada YB KJ turut  mendapat reaksi yang sama.Baca Sini 

Apa pun MMI ucapkan terima kasih kepada komentar-komentar kerana anda telah membuktikan bahawa setiap pihak berhak melontarkan pandangannya.

Namun kenyataan daripada Irwan Fahmi itu kini mendapat reaksi berbeza daripada kepimpinan PERKASA sendiri.Naib Presiden PERKASA Zulkifli Nordin di lihat tidak menyebelahi saudara Irwan.

Berikut adalah kenyataan daripada Zulkifli Nordin ,

Salam.

Saya ingin buat kenyataan untuk memperjelaskan bahawa saya mahupun Perkasa tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Wirawan Perkasa saudara Irwan Fahmi yang mendesak YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib meletakkan jawatan (www.irwanfahmi.blogspot.com).

Perkara ini tidak pernah dibincangkan, apatah lagi dipersetujui oleh Dewan Tertinggi Perkasa.

Itu adalah pendirian peribadi saudara Irwan yang tidak ada kena mengena dengan Perkasa.

Saya juga ingin menegur saudara Irwan Fahmi supaya tidak membuat sebarang kenyataan polisi atau dasar membabitkan Perkasa kecuali sebagaimana yang dipersetujui oleh Dewan Tertinggi Perkasa.

Saya menasihatkan saudara Irwan Fahmi supaya menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada YAB Perdana Menteri dan Presiden serta kepimpinan Perkasa.

Walaupun saya menghargai kegusaran dan kekhuatiran yang dirasai oleh saudara Irwan terutama mengenai agenda Islam dan Melayu pasca PRU-13, namun perkara ini sudahpun dibincang dan dibahaskan secara panjang lebar dan terperinci oleh kepimpinan Perkasa semua peringkat dalam Retreat Kepimpinan Perkasa di Ulu Kelang sebaik sahaja PRU-13 selesai.

Dan jelas daripada Retreat Kepimpinan tersebut bahawa kepimpinan Perkasa buat masa ini mengambil sikap meminta semua pihak supaya memberi ruang dan peluang kepada YAB Perdana Menteri menggunakan mandat yang baru diperolehinya untuk melaksanakan dasar-dasar yang bersesuaian termasuk Dasar dan Tindakan Afirmatif untuk mempertahankan dan membela kedudukan Islam dan hak keistimewaan Melayu saperti mana yang termaktub didalam Perlembagaan tanpa menafikan hak kaum lain saperti yang diperuntukkan.

Kepimpinan Perkasa juga telah bersetuju mengambil pendirian jika setelah ruang dan peluang diberi secukupnya dan masih tiada sebarang Dasar dan Tindakan Afirmatif  yang diambil yang boleh dilihat membela dan mempertahankan kedudukan Islam dan hak istimewa Melayu secara berkesan sebagaimana yang diperuntukkan didalam Perlembagaan barulah kepimpinan Perkasa akan membincang dan menimbang langkah selanjutnya yang wajar diambil jika perlu.

Apa yang ingin saya tegaskan ialah soal meminta Dato Sri Najib meletakkan jawatan tidak pernah menjadi dasar atau pilihan bagi kepimpinan Perkasa buat masa ini.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Naib Presiden Perkasa
Jumaat
23 Syawal 1434
30 Ogos 2013 

MMI tumpang simpati dengan Irwan , biasalah bro kadang-kadang tak semua pandangan kita itu boleh di terima oleh banyak pihak.Kena banyak bersabar bro .. Bawa-bawalah bincang.

MMI

2 comments:

  1. Kalau itulah pandangan peribadi kenapa kepimpinan perkasa campur tangan Dan minta tarikh Balik atas kapasiti ketua wira pemuda perkasa? Nak jaga hati najib?

    Bukankah najib tidak pernah minta maaf walaupun khianati melayu? Apakah najib pernah nyatakan kesal apabila hak melayu hilang sedikit Demi sedikit? Apakah najib tunjukkan kesal bila Islam dipersenda? Apakah najib selalu menjaga hati melayu? Pernahkah najib berterima kasih kpd pengundi melayu Dan membalas jasa mereka sewajarnya?

    Banyak lagi....

    ReplyDelete
  2. nak tunjuk hero pun jgn la sampai menjabar kewibawaan perdana menteri kita... sesetengah org perkasa nie saja ja nk tunjuk hebat.. nak cari PUBLISITI MURAHAN...
    cukup2 la tue... tak kan nak jadi mcm Pakatan Rakyat plak kot...???
    Kalau diri tue bagus tak apa.. ini nak jaga NGO sendiri pun xblh.. lain kali cermin diri sendiri dulu.. baru kate kat org..
    klu diri sendiri pun mcm ayam berak kapur.. duduk diam2 jada tepi kain sendiri...
    esok2 jgn sampai da org buka pekung baru nak menyesal...
    nak tunjuk hebat pergi lawan dgn PAKATAN... baru hebat namanya..
    bukan lawan dgn ketua sendiri...

    ReplyDelete

Labels