Followers

Saturday 3 August 2013

NAJIB Iktiraf MeloyaKini ??? BAGUS Sangatlah Tu ...


Semalam berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Media bersama YAB Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana Putrajaya.Di beritakan lebih dari 1 ribu pengamal media dari pelbagai cabang hadir bersama-sama YAB Perdana Menteri.

Dalam majlis yang sama juga telah berlangsung penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada pengamal media yang membuat liputan insiden Lahad Datu tempoh hari.Syabas dan tahniah kepada semua pihak termasuk penerima anugerah kerana kerja kuat dan pengorbanan meninggalkan keluarga untuk berada di perbatasan bagi membuat liputan dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat di hargai.

Cumanya MMI agak terkejut dengan berita yang kini sedang tersebar apabila mendapat tahu wartawan Malaysiakini antara penerima anugerah yang agak tinggi darjatnya ini. Dua wartawan Malaysiakini tersebut adalah Nigel Aw dan Lee Long Hui. Sebelum ini anugerah yang sama telah diberikan kepada pejuang-pejuang negara seperti anggota Polis dan Tentera yang berkhidmat di Ops Lahad Datu.

Bukanlah MMI berdengki dengan mereka-mereka yang menerima anugerah tersebut kerana rakan-rakan bloggers juga antara yang  terpilih untuk menerima anugerah yang sama , kena faham yang tu noo...

Tetapi apabila ianya melibatkan wartawan MeloyaKini , rasanya seperti ada yang tak kena.

Persoalan yang bermain di fikiran MMI adalah mengapa mereka yang selama ini memutar belit kenyataan dan melakukan spin paling dasyat dalam sejarah politik tanahair sehinggakan kerajaan sendiri pun terkesan dengan berita-berita yang mereka keluarkan DIIKTIRAF peranannya ?

Tak pastilah atas kapasiti apa mereka di anugerahkan pingat sedemikian tetapi berdasarkan rekod rasanya MeloyaKini seharusnya tidak di senaraikan.

Berlambak lagi portal dan media pro-BN yang bertungkus-lumus bukan sahaja menyampaikan maklumat malah memperbetulkan setiap tohmahan serta pertahankan serangan politik pembangkang terhadap kerajaan kepada rakyat marhein sebelum ini yang seharusnya di berikan perhatian.

PELIK kenapa iktiraf MeloyaKini ???

JIKA BENARlah , agaknya inilah strategi baru pihak-pihak tertentu untuk terus memperkasakan kerajaan dan Barisan Nasional.

TAHNIAH lah .... Lagi berita Baca Sini 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels