Followers

Tuesday 27 August 2013

Pistol Hilang Setelah Anggota Polis Terlibat Kemalangan


Seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor kehilangan sepucuk pistol selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Seksyen 20 di sini, awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, kemalangan pada pukul 5.45 pagi itu menyebabkan anggota polis berkenaan cedera di kepala dan lutut manakala motosikal yang ditunggangnya remuk.

"Kami sedang menyiasat kemungkinan ada orang lain mengambil pistol itu sejurus mangsa terjatuh ekoran kemalangan itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat kepada pegawai polis pada perhimpunan khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Thaiveegan berkata, anggota polis itu yang tidak memakai uniform sewaktu kemalangan, kini dirawat di hospital dan tidak berupaya untuk bercakap buat masa ini. - BERNAMA

Kita doakan semoga anggota polis terbabit cepat sembuh dan serahkan kepada pasukan polis untuk menyelesaikan kes kehilangan sepucuk pistol terbabit.

Kepada pihak yang mengambil pistol tu serah baliklah di Balai Polis yang berdekatan , bukan apa nanti buruk padahnya dan kalau puak gangster yang ambil tu kita serah dekat skuad khas polislah insyaallah depa tau nak buat apa.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels