Followers

Thursday 24 October 2013

BERANI HIJRAH Slogan BN Untuk N20 #PRKSungaiLimau


Barisan Nasional hari ini melancarkan slogan BERANI HIJRAH bagi kempen pada PRK di Sungai Limau.Slogan tersebut yang merupakan cadangan daripada Menteri Besar Kedah iaitu Y.A.B. Dato' Paduka Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir di lancarkan di Bilik Gerakan BN Sungai Limau Kedah setelah mendapat persetujuan semua pihak.

Kehadiran Y.A.B. Dato' Paduka Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir dalam kempen PRK Sungai Limau ini membuktikan betapa kepimpinan Barisan Nasional begitu mengambil berat khususnya nasib rakyat di DUN Sungai Limau.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat khususnya dari segi membasmi kemiskinan dan pembangunan yang mampu di bawa kepada penduduk dan warga DUN Sungai Limau maka PRK DUN Sungai Limau di lihat sebagai medan paling penting untuk melahirkan hasrat tersebut.



Untuk itu rakyat dan pengundi di DUN Sungai Limau perlu BERANI HIJRAH dengan memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional Dr Suhaimi Lazim dengan harapan nasib penduduk khususnya di Sungai Limau akan lebih terbela.


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels