Followers

Tuesday 1 October 2013

DUN Sungai Limau BN Ada Peluang !!


Semua pihak sedia maklum kerusi DUN Sungai Limau telah pun di kosongkan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Ustaz Azizan Razak baru-baru ini.Mahu tidak mahu pilihanraya kecil perlu diadakan semula bagi menentukan wakil rakyat seterusnya.

Malah isu tentang pilihanraya kecil ini sudah pun kedengaran seawal berita kematian penyandangnya dan bagi MMI pada ketika banyak pihak sedang bersedih seharusnya kita lebih menumpukan kepada pengurusan jenazah dan mendoakan semoga rohnya di cucuri rahmat.Dalam masa yang sama menghormati ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Razak.

Walaubagaimanapun proses pilihanraya tidak dapat di elakkan kerana kita memerlukan wakil rakyat yang baru bagi memastikan rakyat di DUN Sungai Limau.

Banyak pihak kini tertanya-tanya apakah PAS masih mampu mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau ? Atau dalam masa yang sama UMNO dan Barisan Nasional mampu melakukan sesuatu di kerusi tersebut memandangkan Kedah kini sudah berada di bawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional ? 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti walaupun kerusi itu dikuasai Pas sejak lima pilihan raya umum (PRU).

Katanya, Pas menang di kawasan itu sejak 1995 menerusi bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak disebabkan daya tarikan peribadi Azizan dalam kalangan pengundi.

"Dulu Tan Sri Azizan dia tak kempen pun tapi dia menang, kerana personaliti. Orang sokong dia kerana personaliti dia, bukan parti. Sekarang mungkin orang nak tukar selera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan hotel terbaharu syarikat MK Land Holdings Berhad, 'Ombak Villa' di sini malam tadi.

Dr. Mahathir berkata, BN boleh memajukan kawasan itu dengan lebih pesat jika berjaya memenangi kerusi DUN Sungai Limau.

Katanya, apa yang penting, BN mesti mendekatkan diri dengan rakyat, mengambil tahu masalah rakyat dan cuba membantu menyelesaikan masalah itu.

PRK DUN Sungai Limau akan diadakan berikutan kematian Azizan Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Azizan mempertahan kerusi itu bagi penggal kelima pada PRU13 yang lepas dengan mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd. Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas Khamis ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu. - BERNAMA

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels