Followers

Saturday, 9 November 2013

Cerita Pusat Dialisis ANGKASA Dengan Guan Eng Punya WAJIB BACA !!


Sebelum MMI pergi lebih jauh jom kita baca kenyataan daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang sedang dalam rangka untuk mewujudkan pusat dialisis kepada rakyat yang memerlukan di seluruh negara.

Untuk merealisasikan cadangan yang kini sudah menjadi realiti itu berlaku sedikit permasalahan yang memerlukan perhatian pihak-pihak tertentu agar ianya dapat di jalankan seterusnya memberikan manafaat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang.

Cadangan yang cukup baik itu kini hanya menantikan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan pihak Angkasa akan merayu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memberi kelulusan untuk membuka sebuah pusat dialisis di Bayan Baru di sini.

Timbalan Presidennya, Mutadho Bahri berkata, pusat dialisis kedua yang dibuka Angkasa itu telah siap sepenuhnya sejak 10 bulan lalu namun tidak dapat beroperasi berikutan tidak mendapat lesen dari kementerian berkenaan.


Gambar atas - Pusat Dialisis MyAngkasa di Temerloh, Pahang. Pusat Dialisis MyAngkasa yang mula beroperasi pada 10 Disember 2012 itu merupakan pusat dialisis cawangan pertama dibuka oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Terletak di Jalan Pak Sako II di Bandar Temerloh dan mempunyai 8 buah mesin dialisis. Ada beberapa cawangan lagi akan dibuka diseluruh Malaysia.

Mutadho berkata, ekoran daripada ketiadaan kelulusan itu, Angkasa terpaksa menangguhkan pembukaan pusat berkenaan sehingga lesen dikeluarkan pihak kementerian.

“Kita telah dimaklumkan bahawa untuk membuka pusat dialisis perlu bergantung kepada piawaian zon yang ditetapkan kementerian dan sebab itu kelulusan lewat diberikan.

“Bagaimanapun kita akan terus menghantar rayuan kepada kementerian dan bertemu dengan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya agar lesen untuk Angkasa membuka pusat dialisis di Bayan Baru ini dapat direalisasikan,” katanya kepada media di sini semalam.


Terdahulu beliau yang mewakili Angkasa menyerahkan zakat bernilai RM54,825.24 sebagai bayaran zakat perniagaan Angkasa bagi tahun 2012 kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Zakat berkenaan diterima Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas. Sementara itu, Mutadho berkata, Angkasa telah membelanjakan kira-kira RM700,000 bagi mengubah suai premis dan membeli kelengkapan bagi memulakan operasi pusat dialisis yang dirancang itu.

“Kelengkapan semua sudah ada dan pusat dialisis ini boleh beroperasi bila-bila masa sahaja tetapi lesen yang masih belum diperoleh.

“Namun sekiranya kementerian tidak mempertimbangkan rayuan Angkasa, mungkin lokasi lain akan dicari supaya pusat dialisis ini dapat dibuka demi kemudahan orang ramai” katanya.

Apa yang menarik perhatian MMI adalah niat dan cadangan daripada ANGKASA itu amat baik sekali khususnya kepada rakyat Pulau Pinang yang memerlukan.Dalam masa yang sama teringat MMI tentang JANJI kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini sejak 2008 yang lalu untuk membuka pusat dialisis untuk rakyat.

Agaknya kemana perginya JANJI-JANJI tersebut ??

Berdasarkan pengamatan MMI sehingga ke hari ini Pusat Dialisis yang di janjikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu bukan setakat tapak bayang pun tak nampak.

Antara janji Guan Eng sewaktu memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang "Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membina dua buah pusat hemodialisis untuk rakyat yang menghidapi sakit buat pinggang dengan hanya RM30 sekali berurusan , untuk meringankan bebanan rakyat kerajaan negeri telah dan akan membina pusat berkenaan, satu di sebelah pulau dan satu lagi di Seberang Perai"

“Itu semua untuk rakyat sejajar dengan slogan 'kerajaan berjiwa rakyat',” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kalau dah nama kerajaan berjiwa rakyat MANA PI PUSAT DIALISIS TU ????? Baca Sini 

Dalam masa yang sama MMI mengharapkan pihak Kementerian Kesihatan segera memberikan lesen kepada  ANGKASA untuk memulakan operasinya kerana segala kelengkapan sudah tersedia amat jauh berbeza sekali dengan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng yang banyak cakap dari buat kerja.

Mudah cita BOHONG banyak !!!!!

MMI

2 comments:

  1. bro, nak bukak pusat dialisis ni, kelulusan bukan under kerajaan negeri, tapi under Kementerian Kesihatan Malaysia, atau dgn lebih tepat CKAPS. Dorang ni yg banyak kerenah. Sebab apa aku ckp dorg ni banyak kerenah, sebab aku antara org yg apply utk buka pusat dialisis, tapi ditolak. kita dah ready nak ikut syarat KKM, nak obey regulations. Permohonan bukan main lembab, semata utk tunggu kelulusan 'zoning' ambil masa dekat 3bulan, tu belum lagi masuk process apply borang2 lain. Tunggu2, tak lulus. Memang tak efficient langsung and ada unsur dengki pun ada. Kalau tak percaya, tanya lah mana2 pusat dialisis mcm mana susah tahap gaban deal dgn KKM.
    Aku boleh bgtau details betapa susahnya nak apply license, even story dari sorg datin yg usahakan dialisis.
    Senang cakap, mmg menyusahkan. Peraturan pun tak update sejak 2010, bila tanya regulations, kena tanya pihak berkenaan, even staffs kt KKM pun tak berani jawab. Kalau nak blame kenapa pusat dialisis susah nk apply license ke, blame KKM.

    ReplyDelete

Labels