Followers

Sunday 1 December 2013

Paul Walker Pelakon Fast & Furious Meninggal Dunia !!


Pelakon yang memegang watak sebagai Brian O’Conner dalam siri filem popular “Fast and Furious”  Paul Walker yang berusia 40 tahun dilaporkan meninggal dunia petang Sabtu selepas terlibat satu kemalangan ngeri membabitkan kereta model Porshe Carrera GT yang ditumpanginya.

Menurut laporan, pemandu kereta itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan sekali gus mengakibatkan kereta tersebut meletup.

Kemalangan yang berlaku di Santa Clarica, utara Los Angeles itu disahkan oleh seorang wakil bagi pelakon itu yang turut disiarkan oleh laman web Fox News


Laporan mengesahkan Paul Walker dan pemandu maut di tempat kejadian. Dalam pada itu kematian Paul Walker juga disahkan menerusi laman rasmi akaun Facebook peminatnya yang turut memaklumkan bahawa Paul Walker berada di Santa Clarica untuk menghadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan bagi tujuan mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan dua orang terbunuh dalam kemalangan itu, yang berlaku pada kira-kira 3.30 petang waktu tempatan di Santa Clarita, California.

Bagaimana pun identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa mangsa turut meninggal dunia.

Bagi peminat filem Fast & Furios sudah tentu ianya adalah kehilangan besar namun dari sumber menyatakan filem tersebut kini dalam proses pembikinan bagi siri ke tujuhnya.Di beritakan juga Paul Walker masih dalam proses pengambaran.Apa pun buat peminat filem ini nantikan kemunculan Fast & Furios Part 7.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels