Followers

Tuesday, 24 December 2013

Peminat TRANFORMERS Mesti Baca !!!


Menyaksikan sendiri Mark Wahlberg berlakon sebagai hero dan bertemu dengan pengarah tersohor dunia, Michael Bay ketika mengarahkan filem Transformers: Age of Extinction (Transformers 4) di lokasi penggambaran adalah peluang yang jarang kali muncul.

Bersua dengan pelakon dan pengarah terkemuka Hollywood itu saja sudah menjadi satu keseronokan, apa lagi diberi peluang menyaksikan mereka berlakon dan mengarah dalam filem hebat Transformers 4 yang kos pembikinannya ratusan juta dolar Amerika.

Sepanjang seharian di set penggambaran, dapat diperhatikan ketelitian dan ketekunan Bay ketika berusaha mendapatkan shot terbaik. Kebanyakan babak membabitkan rakaman berulang kali. Malah, ada babak yang memerlukan hampir 20 ‘take’ atau ulangan hingga 20 kali rakaman, selain penggunaan helikopter dan kren untuk mendapatkan sudut panda-ngan dari atas.


Bayangkan, aktres utama Nicola Peltz dan ‘teman lelakinya’ Jack Reynor perlu duduk dalam kereta Chevy Camaro hampir dua jam semata-mata kerana Bay mahu dapatkan shot dengan ekspresi dan emosi terbaik. Ada ketikanya Bay mengambil alih kamera daripada jurukamera dan merakamnya sendiri.

Ketegasan Bay juga terserlah apabila pada satu ketika, dia mengusir seorang kru produksi dari set penggambaran kerana gagal menyempurnakan tugas mengikut kehendaknya. Lelaki berseluar pendek dan bertopi koboi itu berlalu dengan mulut mengomel dan merungut, kononnya mahu balik ke Amerika Syarikat kerana tidak puas hati.

Namun, tidak sampai sejam kemudian dia dilihat sudah kembali di set itu, tekun melakukan tugasannya seperti tiada berlaku apa-apa sebelumnya.


Sepanjang perjalanan penggambaran itu, kru produksi juga sering berpindah-randah. Mereka, termasuk juga Wahlberg, terpaksa berpindah tempat bagi mengosongkan ruang yang diperlukan Bay untuk penggambaran. Malah, kumpulan media juga terpaksa berlari merentas set penggambaran apabila dikehendaki menemuramah pelakon di lokasi berdekatan.

Seharian di set penggambaran Transformers 4 amat meletihkan buat 150 tenaga produksi dari Amerika dan Hong Kong serta pemain filem yang terpaksa berada di situ dari 7.30 pagi hingga matahari terbenam.

Transformers: Age of Extinction yang dijadualkan menemui peminat di seluruh dunia 27 Jun tahun depan, dinyatakan sebagai sebuah filem yang matang, jauh berbeza dengan trilogi Transformers sebelum ini. Bay menjanjikan Transformers 4 satu kelainan pengalaman dengan lokasi penggambaran baru, watak utama yang berbeza dan penampilan robot de­ngan wajah baru.


Meskipun ba­nyak spekulasi cuba mengaitkan Di-nobots (robot dinosaur) bakal membuat penampilan dalam garapan terbaru itu, mulut tenaga produksi dan pemain filem itu berkunci rapat dan mereka cepat-cepat mengelak daripada membicarakannya.

Dalam temuramah, Wahlberg yang memegang watak Cade Yeager, pencipta dan juga bapa tunggal yang terdesak untuk menjauhkan anak gadisnya daripada melakukan kesilapan yang pernah dia lakukan bersama ibu remaja itu.

“Saya ‘enjoy’ berlakon dalam filem ini kerana ada cabaran dan keseronokannya. Akhirnya, saya dapat jayakan filem yang anak saya dapat juga menontonnya.

“Anak-anak saya turut diberi peluang oleh Michael (Bay) untuk muncul dalam filem ini secara cameo (penampilan tanpa watak). Mereka ternyata teruja untuk menontonnya. (Tayangan) Jun akan datang masih terlalu lama buat mereka,” katanya ketika ditemui selepas berakhir sesi penggambaran.

Menurut Wahlberg, filem itu menuntut kekuatan fizikal di mana Bay memberi kebebasan untuk dia menghidupkan wataknya sebaik mungkin.

“Saya lebih gemarkan kereta berbanding robot tetapi apa yang mengagumkan kemampuan teknologi dalam filem ini dan filem Transformers lalu,” katanya.

Nicola yang memegang watak Tessa anak kepada Cade, mengakui keletihan berlakon dalam filem itu malah dia terpaksa berlari dengan kasut tumit tinggi.

“Saya memang lasak dari dulu lagi, saya seorang pemain hoki. Robot pilihan saya tentunya Bumblebee dan saya suka naik kereta. Saya ada enam adik-beradik lelaki dan mereka amat meminati Transformers. Mereka kenal semua watak robot dalam filem ini,” katanya.


Sementara itu, Bay yang ditemui di hotel penginapan pada sebelah malam selepas tamat pe-nggambaran berkata, melaksanakan kerjanya di Hong Kong adalah sesuatu yang amat mencabar kerana membabitkan kawalan ba-nyak orang. Ini kerana ketika penggambaran di te­ngah-tengah bandar raya itu, ribuan penduduk Hong Kong tidak melepaskan peluang menonton dan merakam gambar.

Bay yang pernah mengarahkan filem hebat lain seperti Armageddon, Bad Boys dan Pearl Harbour berkata, dia sukakan set penggambaran kemas dan teratur kerana barangan yang berterabur akan menjejas penumpuan dan idea dalam pemikiran­nya.

“Banyak sangat barang berterabur (di set). Saya ambil banyak masa (penggambaran) hari ini. Jadi, banyak kerja nak kena habiskan tetapi tak cukup masa,” katanya.

Menurut Bay, Transformers 4 adalah episod baru dalam siri Transformers dan fokus ceritanya mengenai hubungan ayah dan anak serta hubungan gadis itu dengan teman lelakinya bersama semua robot Transformers direka bentuk semula supaya kelihatan mantap dan segar.

“Pemilihan pelakon dibuat dengan teliti bagi mengikut kehendak cerita. Anda akan merasai perbezaannya apabila menontonnya dan anda akan faham mengapa kami menggunakan pelakon baru dan kisah baru,” katanya.

(Penulis bersama rombongan media ke Hong Kong, baru-baru ini, atas pelawaan United International Pictures (UIP) ke lokasi penggambaran Transformers 4 di West Kowloon Waterfront Promede.) sumber metro

Komen MMI tak sabar nak tunggu Tranformers 4 hihi #Lifestyle bro ..

MMI

1 comment:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

Labels