Followers

Sunday 1 December 2013

PENGINTIPAN Singapura Ke Atas Malaysia , Jawapan MERAGUKAN !!!


Cerita kemungkinan Singapura menjalankan aktiviti mengintip Malaysia termasuk membantu negara tertentu tidak boleh dianggap berakhir selepas Pesuruhjaya Tinggi Singapura di negara ini, Ong Keng Yong memberi penjelasan kepada Wisma Putra.

Rakyat Malaysia tentu ternanti-nanti apakah penjelasan negara Kota Singa itu jika laporan sebuah portal di luar negara mengenai pengintipan itu benar dan apa pula tindakan kerajaan bagi menangani perbuatan tersebut.

Setakat ini, Menteri Luar K Shanmugam pada Jumaat pertama kali memberi komen tentang dakwaan bahawa Singapura melakukan intipan terhadap dua jiran Aseannya dengan berkata rakyat Indonesia dan Malaysia tahu republik ini tidak akan menggugat kepentingan mereka.

Shanmugam, yang juga menteri undang-undang, berkata demikian pada perasmian Straits Times Global Outlook Forum di sini apabila ditanya tentang isu itu oleh moderator editor Straits Times (ST) Warren Fernandez.

Shanmugam berkata, Singapura tidak pernah membuat penafian walaupun dakwaan itu tidak benar.

“(Ini)…kerana kami tidak boleh buat begitu…tentang perkara berkaitan pengintipan dan terus berkata ini tidak benar…ini tidak tepat atau ini lima peratus betul dan 95 peratus palsu,” katanya.

Manakala Keng Yong yang sudah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Othman Hashim berhubung perkara itu pada Khamis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan tersebut.

“Ketua Setiausaha menyampaikan kebimbangan Malaysia berhubung dakwaan kegiatan pengintipan Singapura terhadap Malaysia, dan menegaskan bahawa kegiatan seumpama itu mencabuli kedaulatan Malaysia dan juga terhadap privasi individu,” kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Berdasarkan kenyataan Shanmugam, ianya adalah sesuatu yang membimbangkan.

Kenyataan beliau dengan menyebut Singapura tidak pernah membuat penafian walaupun dakwaan itu tidak benar boleh mencetuskan macam-macam persepsi.

Antaranya, jika dalam apa-apa isu sekalipun, sekiranya pihak yang ditanya menjawab, ‘tiada komen’ ianya boleh membawa erti perkara yang dibangkitkan itu adalah benar.

Justeru itu, Wisma Putra perlu mendesak Singapura menjelaskan dengan lebih terperinci apa dimaksudkan Shanmugam apabila memberikan jawapan yang mengelirukan.bnbbc.my

Bagi MMI mudah saja..Sememangnya puak penyokong DAP ni mengintip Malaysia.Tak payah nak berdolak-dalih lah perkara paling mudah tempatkan sahaja sistem persenjataan tercanggih negara contohnya pelancar roket bumi ke udara di Johor.

Tembak dan musnahkan sahaja sebarang pesawat milik Singapura yang selalu sangat menceroboh ruang udara negara kita.

Sekurang-kurangnya itu pengajaran pertama daripada kita.

Soalnya sejauh mana kita berani untuk memberikan kata dua selain dari duduk berbincang ??

Psst kadang-kadang puak besaq kepala ni kena ajaq juga !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels