Followers

Tuesday 4 February 2014

Bila The JOKER Jumpa JOKERS


Selamat pagi MMI ucapkan kepada semua semoga hari ini akan memberikan kita kekuatan yang lebih untuk berjuang mendepani anasir-anasir biadap yang kian bercambah di luar sana.Mereka melata di serata alam dan sudah tentu bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita hapuskan namun MMI optimis dengan kerja berterusan para pejuang tak ternama sekalian kita mampu paling tidak mengunci kaku mulut dan tubuh badan mereka.

Seperti biasa dalam dunia politik hari ini kita tidak boleh ketinggalan waima seminit pun kerana mereka di sebelah sana sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melakukan apa sahaja yang di rasakan mampu memberikan pulangan.Maka menjadi tugas rasmi kita barisan pejuang maya untuk sama-sama berkongsi maklumat dalam peperangan pasca moden ini bila mana senjata tidak lagi menjadi elemen utama menentukan kemenangan.

Tidak di nafikan senjata adalah sebahagian daripada keperluan kepada sesebuah negara untuk mempertahankan kedaulatannya tetapi peperangan dunia ketiga yang kini sedang berlaku di Malaysia perlu di tangani dengan baik kerana medan perang ini terlalu luas malah menjangkau seantario dunia.

Kewarasan dan keupayaan setiap dari kita sebagai pasukan tak ternama sebenarnya berbeza-beza dan kerana perbezaan itulah kita sebenarnya masih setia di medan perang mempertahankan maruah bangsa , agama dan negara.

Kita akui ada yang GUGUR namun untuk menyerah bukan ikrar kita.

Kerana itulah MMI amat menyanjung tinggi semua pejuang tak ternama sekalian percayalah tanpa anda kita tidak mampu teruskan perjuangan ini.

Ada yang menuduh kita berpecah dan ada yang menuduh kita lemah.

Tetapi MMI percaya satu perkara sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari kelemahan.Kerana kelemahan itu barangkali kita di lihat berpecah namun percayalah tidak ada yang lari dari medan perang sebenarnya.

Masing-masing dengan keupayaan tersendiri dan sebagai pejuang yang berikrar untuk terus berjuang kita punya strategi dan perancangan.

MMI bukan pemimpin tetapi insyaallah masih mampu menggalas tugas dan amanah ini demi kepentingan bersama.

Tidak rela rasanya membiarkan mereka menyerang dengan mudah dan mungkin ianya senada dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi laluan mudah kepada mana-mana calon lawan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan  Negeri (DUN) Kajang nanti.

MMI juga yakin berbeza pendapat itu wujud namun kita ibarat The Jokers..

Apabila The Joker bertemu Jokers yang lain , kita akhirnya akan tersedar PERJUANGAN KITA SAMA !!

Selamat berjuang semua !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels