Followers

Tuesday 4 February 2014

MARUAH Hilang Sekelip Mata MEMALUKAN !!!


Kepada peminat bolesepak di Malaysia , MMI mohon maaf kerana catatan seterusnya mungkin akan mengganggu emosi mahupun membangkitkan rasa amarah semua terhadap MMI.Percayalah ianya bukan sekadar suka-suka tetapi di tulis kerana sedih melihat sikap sesetengahnya yang langsung tidak profesional.

Sebagai pemain , pegawai dan pasukan bolasepak yang beraksi di liga terbesar di Malaysia kejadian pergeseran dan pergaduhan yang berlaku di antara T-Team dan JDT sehingga perlawanan terpaksa di hentikan amat-amat mengecewakan.

Bagaimana mereka yang mengaku profesional itu boleh bertindak semacam cina mabuk samsu ?

Tidakkah mereka sedar tindakan sedemikian langsung tidak mencerminkan tahap profesional segah pertandingan yang di jalankan ?

MMI tak mahu mengulas panjang tentang insiden terbabit cuma sebagai rakyat Malaysia sudah tentu bukan itu yang kita nantikan.

Sepatutnya api kemarahan itu di luahkan di padang sewaktu pasukan negara berdepan dengan negara asing.

MMI ingin ulangi mutu bolasepak negara kini tercemar gara-gara tindakan di luar kawalan segelintir daripada mereka yang tak guna otak bila bertindak.

Bayangkan kerana insiden terbabit MARUAH bolasepak negara tercalar dan hilang sekelip mata.

Sampai bila ?? MEMALUKAN !!! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels