Followers

Monday 24 February 2014

Hadi Awang Jatuh Kuda ??


Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Perintah tersebut dikeluarkan berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd Shamsul sebelum ini.

Mohd Shamsul memfailkan saman terhadap Abdul Hadi ekoran dakwaan yang dibuat ahli parlimen Marang itu bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Sebelum Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut Julai tahun lepas, Mohd Shamsul mendesak Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataan calon PKR menjual pil kuda kerana masyarakat menganggap beliau yang didakwa presiden PAS itu.

Dalam PRU13, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR dan menyebabkan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Difahamkan PAS akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.astroawani

Hah tu dia kerana pil kuda Hadi kena 2 juta !

Bagi MMI inilah antara bukti betapa puak PAS ni pun main sembrono ja tuduh-tuduh orang , kalau ada bukti kemukakanlah kenapa pula nak failkan permohonan ketepikan perintah mahkamah ?

Cita dia tak dak BUKTI la bro !! Jadi kalau tak ada BUKTI makna kata Presiden PAS pun kaki pembohong juga FITNAH tu gang..Apa hukum main fitnah-fitnah ni ??

Oh terlupa pula puak-puak ni tak apa sebab dah di jamin SYURGA bunyi pun !!

Psst bukan jatuh kuda tapi saman jatuh dekat dia sebab fitnah pil kuda kihkih

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels