Followers

Monday 10 February 2014

Kalau Dah Jenis Suka MENIPU !!!


Anwar Ibrahim hari ini bangga kerana telah di pelawa untuk kembali ke negara Jepun oleh wakil dari negara Jepun setelah insiden di halau tempoh hari.Hmm betoi ka ??? 

Jom tengok puak-puak penipu ni buat apa ???


Yang sebenarnya ....


Kan dah cakap suka menipu ! Wakil dari Yayasan Keamanan Sasakawa bukan dari kerajaan JEPUN..HAMPEH !!!
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menerima jemputan semula untuk ke Jepun pada 26 Februari ini.
Menurut Anwar, beliau turut diberi jaminan bahawa insiden dihalang daripada memasuki Jepun tidak akan berulang.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Jiro Hanyu yang datang ke Malaysia untuk memohon maaf di atas insiden sebelum ini di sini, Isnin.
"Saya menghargai kedatangan Jiro ke Malaysia. Selepas mendengar penjelasan beliau, saya terima permohonan maaf itu.
"Saya juga menerima undangan beliau untuk ke Jepun semula pada 26 Februari ini selepas diberi jaminan bahawa insiden saya dihalau tidak akan berlaku lagi," katanya.
Menurut Anwar, beliau dijelaskan bahawa insiden itu berpunca daripada 'masalah teknikal kecil'.
"Saya tidak mahu memikirkan insiden (dihalang) itu lagi. Jemputan kali ini sudah diuruskan dengan baik," katanya.
Pada 19 Januari lalu, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.
Beliau sebelum ini mendakwa tindakan itu didalangi oleh Wisma Putra.
Namun ketika ditanya bagaimana dengan kenyataannya sebelum ini yang mengaitkan pihak tertentu, beliau sekadar berkata: "Itu perkara lepas, saya mahu lupakan."
Anwar sebelum ini menerima jemputan peribadi oleh Yoyei Sasakawa yang merupakan Pengerusi Yayasan Nippon bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.sumber
Selesai noo...

MMI

1 comment:

  1. dasar penipu, boleh ke kata itu perkara yang lepas dan lupakan saja... wahai rakyat Malaysia terutama penduduk kajang lihat lah siapa bakal adun kajang ini.. dulu mati mati tuduh wisma putra ada peranan... rakyat mau anwar minta maaf atas kelakuan ini... rakyat apa kata kamu dengan sikap penipu ini..bangun dan katakana... kami tolak penipu dalam PRK kajang nanti..

    ReplyDelete

Labels