Followers

Thursday 5 June 2014

HAIRAN Dia Pertikai POLIS Tapi Tak Sebut Pula RAYER ?!


Berikutan insiden rempuhan oleh sekumpulan orang Melayu ke dalam Sidang DUN di Pulau Pinang baru-baru ini , Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meminta Ketua Polis Pulau Pinang untuk memberikan penjelasan tentang mengapa pihak Polis tidak mengawal bangunan DUN semasa pencerobohan itu berlaku.

Datuk Wira Abd Rahim Hanafi juga di minta supaya menjelaskan mengapa kawalan keselamatan oleh anggota keselamatan sangat longgar pada hari kejadian. 

Untuk rekod insiden melibatkan rempuhan ke dalam Sidang Dewan itu berlaku apabila Adun Seri Delima YB RSN Rayer sewaktu sidang DUN telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin UMNO dan orang-orang Melayu dengan menyebut perkataan "CELAKA".

Tindakan tersebut telah mendapat kecaman daripada banyak pihak khususnya orang-orang Melayu di Pulau Pinang sehingga berlakunya himpunan di depan pintu masuk bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Mereka yang berhimpun itu telah mendesak supaya Rayer keluar dan berhadapan dengan mereka seterusnya memohon maaf terhadap semua orang Melayu dan parti UMNO di sebabkan hinaannya yang menimbulkan rasa tidak puas hati orang Melayu.

Di sebabkan kegagalan Rayer untuk keluar dan bertemu dengan mereka , kumpulan terbabit bertindak merempuh masuk ke dalam Sidang Dewan bertujuan mendesak Rayer supaya segera memohon maaf.

Namun Rayer tidak berada di dalam Sidang Dewan sewaktu kejadian tersebut berlaku.

Insiden ini kemudiannya telah mendapat reaksi segera daripada pihak pembangkang khususnya DAP apabila Speaker telah mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan kekesalannya terhadap tindakan kumpulan terbabit merempuh masuk dan mencemarkan kesucian Sidang Dewan.

Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng pula sejak hari kejadian sehingga kini telah mendesak supaya pihak Polis mengenakan tindakan yang berat kepada penceroboh di bangunan DUN kerana ia di anggap menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Negeri Pulau Pinang.sumber 



Bukan main dia .. Bab Rayer lamgsung tak sentuh ! Alo Apek Rayer mula dulu kasi kan sama dia laaa....

MMI

1 comment:

  1. Bongok...dh yg korg tu guna kekerasan..lau org pakatan dh siap kena penjara...dpt ke umno jd halal plak...nampak sgt la umno ni pegang polis...kes rayer tu percakapan die...lau org ckp je ko smpai nk gne kekerasan ke

    ReplyDelete

Labels