Followers

Thursday 5 June 2014

Pelacur SIBER Siapa Mereka ?


Pelacuran adalah satu isu yang tidak kerap dibincangkan secara umum kerana ia adalah sebuah topik yang sensitif kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai moral sosial lebih tinggi daripada masyarakat lain.

Pelacuran adalah haram di negara ini. Paling tidak, ia dianggap haram secara meluas berdasarkan kekerapan serbuan pencegahan maksiat yang dijalankan di seluruh negara.

Apabila ia melibatkan kesalahan seks, undang-undang Malaysia mengenai kejadian rogol dan serangan seksual adalah dinyatakan secara jelas. Walau bagaimanapun, bagi kesalahan seksual yang lain seperti memohon seks dan pelacuran, undang-undangnya di dalam Kanun Keseksaan tidak jelas.

Sebagai contoh, Seksyen 372 Kanun Keseksaan mengandungi fasal yang akan mendakwa orang-orang yang mengeksploitasi mana-mana orang dengan tujuan pelacuran, dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun, dengan sebatan dan juga dikenakan denda.

Seksyen 372A juga menghukum mereka yang hidup melalui pendapatan pelacuran dengan hukuman penjara dan denda, manakala Seksyen 372B menyenaraikan kesalahan seperti menerima, atau mencari atau menawarkan seks adalah jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman penjara dan denda.

Ini mungkin disebabkan pelacur di Malaysia sering dijumpai dalam keadaan dieksploitasi, ditipu sindiket pemerdagangan manusia kerana Malaysia dikenali sebagai sebuah negara sumber, transit dan destinasi, menjadikan penyeludup manusia dan dalang sindiket pelacuran sasaran yang lebih penting bagi pihak berkuasa berbanding pelacur itu sendiri.

Walaupun tindakan mengiklankan dan menjual atau melacurkan tubuh badan seseorang telah dinyatakan sebagai kesalahan jenayah dalam undang-undang Malaysia, industri ini terus berkembang melalui perkhidmatan media sosial.

Adalah hampir mustahil bagi polis untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang menawarkan diri mereka dalam talian, kerana Kanun Keseksaan hanya terpakai apabila pelacur tertangkap sewaktu sedang menawarkan seks kepada pelanggan secara bersemuka.

Pada masa ini, wanita pengiring cukup celik IT untuk memastikan bahawa interaksi mereka hanya terhad kepada kumpulan pelanggan terpilih melalui forum atas talian yang dilindungi kata laluan, atau melalui aplikasi mesej seperti WeChat, Whatsapp dan Facebook.

Gadis-gadis dengan pengetahuan teknikal seperti ini kebanyakannya adalah pelajar atau pekerja dengan pendidikan tinggi, yang memberikan perkhidmatan ini sebagai satu cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

Adakah mungkin untuk polis menjejaki mereka apabila mereka menyembunyikan jejak atas talian mereka dengan baik?

Jangan kita lupa juga konsep melelong dara wanita sebagai satu cara untuk mendapatkan sejumlah wang, disebabkan idea kolot melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang hanya akan memberikan "pengalaman pertamanya" kepada pembida tertinggi.

Seorang pelajar perubatan dari Amerika Syarikat, Elizabeth Raine, baru-baru ini mendapat perhatian apabila dia mendedahkan identiti sebenarnya di Internet bagi menarik minat terhadap lelongan atas talian untuk keperawanannya.

Beliau berharap untuk mendapatkan £250,000 (RM1,373,754.50) sambil memberikan butiran menggiurkan bahawa dia tidak pernah melakukan apa-apa jenis hubungan seks, tidak pernah melihat lelaki berbogel atau membenarkan sesiapa melihat beliau berbogel.

Dia memperkenalkan dirinya dalam talian: "Saya seorang wanita Amerika yang memberahikan dan menakjubkan, berpendidikan tinggi dan berkarisma, yang telah meletakkan tawaran bertemujanji selama 12-jam dengan saya di atas blok lelongan,"

"Saya tidak berada di bawah sedikit pun tekanan kewangan, dan sebaliknya melihat ini sebagai sebuah peluang kewangan yang praktikal,"

"Pada usia matang 27, dara sesuai dengan saya. Ia adalah tidak dijangka dan tidak konvensional, namun menyeronokkan dan memberi kuasa,"

Ini adalah kata-kata oleh seorang wanita yang rela menjual tubuhnya melalui dalam talian tanpa paksaan atau keganasan, bermakna dia rela mengambil bahagian dalam kegiatan pelacuran.

Adalah penting bagi kita menyedari trend yang semakin meningkat ini, dan mengambil langkah-langkah bagi membendung atau mengawal selia aktiviti-aktiviti ini, sebelum ianya merebak menjadi sebuah gejala sosial yang tidak terkawal.

Jika kita faham dan melakukan sedikit pengamatan MMI yakin apa yang tercatat di atas sudah pun berlaku di negara kita.Malahan buang seketika soal pemerdagangan tubuh itu dan kita melihat kepada gejala sosial yang mungkin boleh menjerumuskan anak muda kita ke arah itu.

Bayangkan saban hari ada sahaja anak-anak muda kita yang terjebak dalam hal berkaitan , mungkin ianya tidak terarah kepada pemerdagangan tetapi tingkah laku mereka kini sudah menghala ke arah itu.

Sebagai contoh lihat sahaja apa yang berlaku terhadap anak muda kita.Kadang-kalanya ia bukan di buat untuk tujuan sebegitu tetapi tingkah laku mereka benar-benar menggerunkan.Contohnya ampa lihat apa yang di muatkan di laman facebook berikut Klik Sini 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels