Followers

Saturday 14 June 2014

Keladak & Pencemaran Di Sungai Acheh , Kerajaan DAP Buat Apa ?


Sekali pandang gambar atas macam jalan yang tidak berturap tetapi sebenarnya ia adalah terusan yang dipenuhi dengan keladak sehingga menggangu proses pengaliran air.

Dari mana keladak tu datang dan kenapa jadi macam ni ?

Berdasarkan maklumat dari Adun Sungai Acheh , YB Dato' Mahmud Zakaria permasalahan yang timbul adalah disebabkan tindakan kurang prihatin sesetengah pengusaha kolam ternakan ikan yang membuang keladak ke dalam saliran air sehingga menyebabkan beberapa laluan air menjadi cetek dan mengakibatkan air melimpah keluar dan menenggelamkan sesetengah kawasan pertanian.

Masalah ini telah dibangkitkan sejak sebelum PRU13.

Bahkan satu jawatankuasa bertindak dikatakan sudah diwujudkan bersama pengusaha kolam dan mereka bersetuju untuk mengorek semula laluan air tersebut untuk mengeluarkan keladak bagi mendalamkannya semula.

Namun begitu selepas setahun berakhirnya PRU13 yang lalu, tindakan yang diharapkan diambil sebelum PRU13 masih belum dilaksanakan.Baca Selanjutnya 

Kalau sampai setahun lebih ni , takkanlah kerajaan DAP tak tau langsung ? Kata kerajaan prihatin dengan nasib rakyat sekarang apa jadi ? Hanya disebabkan kawasan tu BN menang kerajaan negeri buat tak tau ja ka ??

Bukan ka Ahli Parlimen situ dari PKR Mansor Othman ? Dia buat apa ?

Oh lupa Guan Eng tak suka dia sebab kata dekat Guan Eng TOKONG !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels